Tuesday, December 16, 2008

KESUCIAN HATI

hanya tinggal berapa hari lagi untuk sy melangkah ke kampus kembali.tapi masih terasa ketidakpuasan dalam melalui hari-hari di rumah bagaikan syurga ini..tetapi bak kata orang setiap yang datang akan pergi jua. herm..sesuai ke perumpamaan itu.hehehe..hentam sajalah..


sebagai seorang manusia dan hamba kepada Pencipta, terasa juga diri ini begitu lemah sekali.hina untuk memohon setiap bantuan kerana kita sentiasa membuat sesuatu yang ditegahNya.tapi di mana lagi tempat untuk kita bergantung dan mengharap belas ihsan kalau tidak kepadaNya.


dari hari ke hari...hati ini mash tertanya mampukah jiwa ini mengelak dari rasa dendam, benci dan menjadi manusia yang cukup suci di dalam hati..jika diri kita menjadi bahan bualan orang.dan isi cakap-cakap itu bukanlah yang baik.tetapi sebagai bahan untuk melepaskan rasa tidak puas ati dalam dir individu itu sendiri.sehingga melibatkan maruah kita.tidak kisahlah kita ini dari kaum adam atau hawa..mampukah kita memaafkan individu tersebut.sedangkan bila kita mendapat khabar desas desus yang yang diperihalkan itu tidak enak didengar.dan terasa maruah kita dipersendakan.bukan sahaja dikalangan kenalan, malah juga mereka-mereka yang tak perna kita kenali..hinggakan kita rasa kita tak sanggup bersua muka dengan individu itu..


bukanlah bermakna kita mengiakan apa yang dihebahkan tetapi untuk mengelak dari lahirnya rasa benci yang teramat bl melihatnya.jauh didasar hati, kita ingin memaafkan tapi dalam masa yang sama x sanggup bertemu empat mata..begitukah cara yang terbaik??atau menunjukkan kita tidak kuat dari segi mental dan fizikal..


tangisan bukanlah jalan yang terbaik.tetapi tangisan mampu meredakan rasa gundah buat seketika...seketika cuma..herm..kadang2 hanya tangisan sahaja yang mampu menceritakn apa yang terpendam..


menjadi manusia yang berhati suci...sungguh payah untuk sampai ke tahap itu..tapi itulah yang ingin diri ini capai.sentiasa memaafkan walau sebesar mana rasa luka dan mampu menghapuskan parut yang pernah dicalari secara psyco ataupun fizikal..


tapi harapan dri ini agar segalanya kembali kepada keadaan yang asal.megharapkan pertolongan dari Nya..setiap kesilapan yang ter buat atau disengajakan akan di beri kesedaran secepat mungkin..tidak ditujukan kepada sesiapa sahaja malahan terhadap diri ini sndiri..

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment