Tuesday, January 29, 2013
MATERNITY LEAVE..
Monday, November 19, 2012
MENGHITUNG HARI
Saturday, February 11, 2012
KHABARKAN!!
Sunday, February 5, 2012
KENAPA KITA MESTI CINTA KEPADA RASULULLAH..?
Saturday, February 4, 2012
MAULIDURRASUL...1433H
CINTA RASUL….Sedang mengikuti TV AlHijrah.Syahdu rasanya mendengar dendangan nasyid untuk memperingati kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.Petang tadi,baru sahaja ke Masjid Saidina Hamzah di Taman Batu ,KL.Dapat juga bersua dengan ustaz kegemaran ramai,Ustaz Don,Lah (bekas penyanyi kumpulan ape entah,sekarang lebih kearah nasyid),kumpulan in-team dan beberapa lagi personaliti TVAlhijrah.Cadangnya malam ini ingin melihat secara live program CINTA RASUL di masjid tersebut, tetapi dibatalkan.Sekadar menonton di tv.
Terasa bahang meraikan Maulidurrasul pada tahun ini berbanding tahun-tahun sudah.Kalau dilihat di sebelah kiri kanan jalan,boleh dikatakan banyak banner,banting dan ikan-iklan program ceramah di kawasan Selangor.Bayangkan jika Baginda bersama kita sekarang….
SALAM MAULIDURRASUL BUAT SEMUA…SEMOGA KITA DALAM SYAFAAT RASULULLAH...
Hanya sekadar muqaddimah dan ucapan untuk kelahiran Nabi junjungan besar kita esok bersamaan 12 RABI’UL AWWAL 1433H. SELAWAT KE ATAS MU, YA RASULULLAH……
Alhamdulillah…hari ini saya dapat kembali bertinta dalam teratak bintunhalim ini. Sebagaimana yang saya khabarkan di dalam post sebelum ini, insan teristimewa yang mendorong kehidupan seharian disamping bonda yang tercinta di kampung..Hari ini genap 5 bulan 2 hari saya telah diijab qabulkan oleh insan bernama Izzuddin.Mungkin masih ramai yang tidak tahu akan pernikahan saya dan suami iaitu pada 4 Syawwal 1432H.Segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.Inilah taqdir dan jodoh yang telah tertulis LohMahfuz.Alhamdulillah…dengan hanya sekali lafaz segalanya jelas dan terjawab sudah segala pertanyaan,siapakah tuan tulung rusuk kiri ini.Semoga hubungan ini sampai ke taman firdaus nanti..aminn..
Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan kepada mereka yang terlibat pada sebelum,semasa dan selepas walimah.Terutama kepada,bondaku,mertuaku;abah dan umi,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dan adik-adik ipar termasuk saudara dan jiran tetangga.Terima kasih yang tak terhingga atas segala usaha kerja keras semua untuk hari bersejarah kami..
Credit:Alfatihha untuk arwah ayah.Semoga disamping para solihin…Ayah…anakandamu ini sudah berkeluarga,setiap pesanan dan ingatan ayah semasa masih hidup masih lagi segar diingatan.~~Sepertinya arwah masih bersama…Teringat sewaktu pernikahan kakanda Ratna..majlis aqad nikah di tempat yang sama,tetapi walinya berbeza..Alfatihah….~~
Friday, January 27, 2012
SALAM UKHWAH FILLAH
Salam indah buat sahabat semua.
Salam dimensi baru untuk penghidupan dan penghijrahan yang besar dalam hidup insan bintun halim. Sudah lama tak bersama dalam teratak bintun halim ini. Bukan tidak mahu langsung meringankan tangan untuk membuat entri terbaru tetapi banyak benar situasi yang mungkin boleh dijadikan alasan untuk tidak lagi dapat menjamu mata dengan anda semua dengan entri terbaru. Pelbagai kekangan yang susah diutarakan. Pasti ada rasakan seperti saya sedang merungut dengan kehidupan seharian yang dilalui. Sebenarnya, setiap masa saya menjenguk bintun halim ini tetapi seperti sudah ketandusan idea.
Namun hari ini,ada insan yang memberi kekuatan dan dorongan. Insan yang mengetahui bahawa saya ingin lakukan sesuatu yang mampu dijadikan bekalan di alam sana nanti. Katanya, lebih baik aktifkan balik teratak bintun halim disamping boleh mengisi masa lapang yang ada. Saya mengambil kisah akan ideanya berhari-hari. Ini kerana memikirkan ini juga satu komitmen di samping komitmen yang sudah sedia ada. Akhirnya, jari ini kembali bertinta dengan aktif sekali. Mungkin kerana kerinduan teramat sangat untuk bersama teratak bintun halim ini sudah dapat dilepaskan.
Sebagai muqaddimah, inilah titik permulaan untuk jari-jari ini kembali aktif. (~_~)
Pasti anda tertanya-tanya, siapakah insan itu yang menjadi pendorong saya. Rasanya, untuk jawapan itu, tunggu entri seterusnya..
Sebagai permulaan….SALAM UKHWAH FILLAH DAN KEMBALI BERSAMA UNTUK ENTRI TERBARU BAGI TAHUN 1433 H~~~bintunhalim
Tuesday, March 8, 2011
FRESH GRAD...
HAri ini meneruskan misi memburu kerja..susah betul rupanya nak dapatkan kerja yang betul-betul sesuai..jari pun dah penat untuk klik sana,klik sini.mata pun dah tak larat nak menghadap skrin.adoi..pening kepala...
lagi-lagi memikirkan status 'unemployed' herm...
baru saja menamatkan khidmat sebagai pembantu akauntan.macam-macam juga yang saya pelajari..opss..sebelum terlupa untuk update...saya telah tamat pengajian ijazah pertama saya dalam jangka waktu yang ditetapkan.Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..teringat waktu semester akhir.macam-macam kemungkinan..tapi yang realiti saya dan kawan-kawan masih lagi menanam anggur yang tak pernah untung..
ok..terus kepada topik asal...
sempat menimba pengalaman sebagai pembantu akauntan.yepp..dengarnya jawatan itu terlalu gah.semestinya dikalangan fresh grad macam saya.tapi kerja banyak kepada admin dan ada juga saya membantu dalam urusan bajet dan akaun..seronok plus macam-macam..
apa pun,itulah asam garam sebagai freshgrad.grab je mana yang boleh dahulu.lepas tu,tengoklah kalau ada rezeki,datangla panggilan kerja.itu adalah kata-kata pujukan sebagai penganggur macam saya dan kawan-kawan..hehehe...^_^
jadi..meneruskan misi untuk mencari kerja.hajat untuk berdikari.dah segan nak minta duit belanja dengan keluarga..dah umur pun 20++.masih meminta-minta..*_*
anyway...doakan saya.semoga segalanya dipermudahkan..aminn..




