Friday, January 27, 2012

SALAM UKHWAH FILLAH

Salam indah buat sahabat semua.

Salam dimensi baru untuk penghidupan dan penghijrahan yang besar dalam hidup insan bintun halim. Sudah lama tak bersama dalam teratak bintun halim ini. Bukan tidak mahu langsung meringankan tangan untuk membuat entri terbaru tetapi banyak benar situasi yang mungkin boleh dijadikan alasan untuk tidak lagi dapat menjamu mata dengan anda semua dengan entri terbaru. Pelbagai kekangan yang susah diutarakan. Pasti ada rasakan seperti saya sedang merungut dengan kehidupan seharian yang dilalui. Sebenarnya, setiap masa saya menjenguk bintun halim ini tetapi seperti sudah ketandusan idea.

Namun hari ini,ada insan yang memberi kekuatan dan dorongan. Insan yang mengetahui bahawa saya ingin lakukan sesuatu yang mampu dijadikan bekalan di alam sana nanti. Katanya, lebih baik aktifkan balik teratak bintun halim disamping boleh mengisi masa lapang yang ada. Saya mengambil kisah akan ideanya berhari-hari. Ini kerana memikirkan ini juga satu komitmen di samping komitmen yang sudah sedia ada. Akhirnya, jari ini kembali bertinta dengan aktif sekali. Mungkin kerana kerinduan teramat sangat untuk bersama teratak bintun halim ini sudah dapat dilepaskan.

Sebagai muqaddimah, inilah titik permulaan untuk jari-jari ini kembali aktif. (~_~)

Pasti anda tertanya-tanya, siapakah insan itu yang menjadi pendorong saya. Rasanya, untuk jawapan itu, tunggu entri seterusnya..

Sebagai permulaan….SALAM UKHWAH FILLAH DAN KEMBALI BERSAMA UNTUK ENTRI TERBARU BAGI TAHUN 1433 H~~~bintunhalim

No comments:

Post a Comment