CINTA RASUL….Sedang mengikuti TV AlHijrah.Syahdu rasanya mendengar dendangan nasyid untuk memperingati kelahiran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.Petang tadi,baru sahaja ke Masjid Saidina Hamzah di Taman Batu ,KL.Dapat juga bersua dengan ustaz kegemaran ramai,Ustaz Don,Lah (bekas penyanyi kumpulan ape entah,sekarang lebih kearah nasyid),kumpulan in-team dan beberapa lagi personaliti TVAlhijrah.Cadangnya malam ini ingin melihat secara live program CINTA RASUL di masjid tersebut, tetapi dibatalkan.Sekadar menonton di tv.
Terasa bahang meraikan Maulidurrasul pada tahun ini berbanding tahun-tahun sudah.Kalau dilihat di sebelah kiri kanan jalan,boleh dikatakan banyak banner,banting dan ikan-iklan program ceramah di kawasan Selangor.Bayangkan jika Baginda bersama kita sekarang….
SALAM MAULIDURRASUL BUAT SEMUA…SEMOGA KITA DALAM SYAFAAT RASULULLAH...
Hanya sekadar muqaddimah dan ucapan untuk kelahiran Nabi junjungan besar kita esok bersamaan 12 RABI’UL AWWAL 1433H. SELAWAT KE ATAS MU, YA RASULULLAH……
Alhamdulillah…hari ini saya dapat kembali bertinta dalam teratak bintunhalim ini. Sebagaimana yang saya khabarkan di dalam post sebelum ini, insan teristimewa yang mendorong kehidupan seharian disamping bonda yang tercinta di kampung..Hari ini genap 5 bulan 2 hari saya telah diijab qabulkan oleh insan bernama Izzuddin.Mungkin masih ramai yang tidak tahu akan pernikahan saya dan suami iaitu pada 4 Syawwal 1432H.Segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.Inilah taqdir dan jodoh yang telah tertulis LohMahfuz.Alhamdulillah…dengan hanya sekali lafaz segalanya jelas dan terjawab sudah segala pertanyaan,siapakah tuan tulung rusuk kiri ini.Semoga hubungan ini sampai ke taman firdaus nanti..aminn..
Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan kepada mereka yang terlibat pada sebelum,semasa dan selepas walimah.Terutama kepada,bondaku,mertuaku;abah dan umi,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dan adik-adik ipar termasuk saudara dan jiran tetangga.Terima kasih yang tak terhingga atas segala usaha kerja keras semua untuk hari bersejarah kami..
Credit:Alfatihha untuk arwah ayah.Semoga disamping para solihin…Ayah…anakandamu ini sudah berkeluarga,setiap pesanan dan ingatan ayah semasa masih hidup masih lagi segar diingatan.~~Sepertinya arwah masih bersama…Teringat sewaktu pernikahan kakanda Ratna..majlis aqad nikah di tempat yang sama,tetapi walinya berbeza..Alfatihah….~~

No comments:
Post a Comment