Salam Awal Muharam..
Alhamdulillah,harini Allah masih lagi memberi peluang kepada diri ini untuk terus berada di dunia untuk meneruskan tujuan kehidupan ini...Sudah 9 bulan tak ber'entri' dalam blog sendiri.Asyik blogwalking je.lagi-lagi sejak bergelar puan ni,kena lebih banyak kutip ilmu berbanding nak sharing.Alam baru,jadi banyaklah perkara yang perlu diketahui.Paling pentng ilmu memasak...hehe..
Post kali ini hanya untuk update terbaru sahaja.Sekarang ini sudah pun seminggu cuti sekolah.sebagai cikgu,memang terasa sangat kebosanan bila cuti terlalu lama macam ni.tapi waktu nila mula tunjuk rajin kat encik zauji,masak ikut menu yang dia nak,(macam pandai je masak ^_^),kemas rumah (walaupun weekend en.zauji dah tolong kemas)..tapi ini la rutin sebagai zaujah..Apapun,Alhamdulillah..dapat zauji yang senang membantu dalam urusan kerja rumah sebab kami bakal menerima 'orang baru',jadi pergerakan dan banyak pantang larang yang perlu dijaga.~~menghitung hari~~~ (^__~)
Sedar tak sedar dah setahun lebih bergelar guru.Apa yang menarik,tahun ini saya diberi kepercayaan sebagai guru kelas.Banyak dapat dipelajari,lebih2 lagi bagaimana untuk melayan kanak-kanak kecil dari segi psikologi.Yela..mengajar student tahun 1.walaupun,pada awalnya saya rasakan biasa-biasa saja mengajar pelajar tahun 1 ni,tapi...banyak sangat benda yang dipelajari,lebih2 lagi erti kesabaran.Sebagai guru kelas,lagi lah mencabar,melayan mereka sebagai student dalam masa yang sama menjadi 'second mother'..(yeke??)tapi saya lebih sesuai menjadi guru tetapi dalam masa yang sama sebagai 'kakak'.mungkin itu yang sesuai.bukan apa,lebih senang untuk 'berkawan'. Apa pun,Alahamdulillah...dah selesai sempurnakan tugas untuk tahun ini..
Rasanya,itu saja dulu untuk update terbaru kalini..
No comments:
Post a Comment