Tuesday, March 31, 2009

BERANI & BERTANGGUNGJAWAB

memang kalau dah namanya blogger memang tak sah kalau jari2 tak update blog.rasa ada kurang sikit.walaupun tak berapa kreatif dan tak pernah mengikuti kelab jurnal, so sendiri2 sukalah nak ber blog.mungkin ada sesetengah dari kita mengatakan bila nak berblog,perlu ada skill atau kemahiran.tapi ada juga berpendapat,aku punya sukalah sebab dah blog sendiri.apa2pun pandangan dan pendapat ramai, bagi saya berblog adalah hobi d waktu lapang dan kebosanan...

suka saya kongsi dari kata-kata seorang rakan karib,apa yang kita tulis dalam blog biasanya, apa yang kita rasa.boleh juga dikatakan luahan apa yang kita lahirkan dari hati.tetapi tetap ada risikonya...

risikonya, mungkin terlalu jujur.banyaklah ada yang terluah dan mungkin juga ada yang terasa.tak kiralah yang baik atau tidak.sebab apa yang ikhlas dan jujur kita luahkan akan lebih senang sampai maksudnya..

jadinya, bila kita dah bertinta atau menyampaikan sesuatu,kita perlu berani menanggung risiko.cuba bertanggungjawab dengan setiap apa yang dah kita sampaikan..samalah juga bila kita cuba mencari peluang untuk membuat oranglain bertandatanya.seorang yang bertanggungjawab takkan membuatkan pembaca tertanya-tanya.jika ada yang bertanya,cepat-cepatlah kita mengurangkan persoalan pembaca.itu adalah tanda orang jujur dan bertanggungjawab.bukan sembunyi disebalik nama yang tak diketahui.tapi walau apa pun,manusia ini ada pelbagai ragam.sukar ditafsir.

sebagai manusia yang alpa dan hamba yang tidak sempurna ini, SAYA AMPUN DAN MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP JIKA ADA YANG TERKURANG ATAU TERLEBIH DALAM SETIAP ENTRI SAYA...

SELALU BENAR KAU MANJAKAN MATAMU
MEMANDANG KEINDAHAN
KELAK KAU PELUPA,

SELALUKANLAH MEMUJUK MATAMU
MEMANDANG KEDHAIFAN
KELAK KAU AKAN MENJADI PENGINGAT.

puitis dicedok dari alwan.com

1 comment:

  1. blog adalah tong sampah buah fikiran yang tak ada limit dan cara untuk meluahkan. nak eja bahasa sms pun tak da sapa nak marah... cuma kurang orang nak baca lah. asalkan reti bahasa teknologi blog, buatlah apa yang kamu suka. kena dakwa, jawab la sendiri. :P

    ReplyDelete