
Tahniah buat saudari kita Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal kerana telah cemerlang dalam keputusan SPM pada tahun ini dengan keputusan 20A.dengan keputusan tersebut, SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu (MMP), masih lagi memegang rekod sebuah sekolah yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan SPM. tidak lupa juga ucapan untuk mereka-mereka yang berjaya dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.
sebagaimana tahun-tahun lepas, sekolah-sekolah yayasan negeri yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak diiktiraf oleh kerajaan. disingkapkan kembali saudari Siti Fatimah yang juga dari SMU(A)MMP, sepatutnya diiktiraf sebagai pelajar cemerlang Malaysia bagi SPM tahun lepas. namun,kejayaan ini tidak diuar-uarkan pada masyarakat. ini disebabkan sekolah-sekolah yayasan seperti SMU(A) Maahhad Muhammadi Lilbanin, Maahad Pasir Pekan, Darul Anuar, Maahad Tahfiz Sains dan banyak lagi sekolah yang berasaskan pembelajaran agama dan bahasa arab tidak diiktiraf kejayaannya.ketidaktelusan ini dengan beralasan sekolah-sekolah tersebut bukanlah dibawah naungan kerajaan sendiri.sedangkan keputusan tersebut adalah berdasarkan pencapaian akademik dan sukatan pembelajaran yang sama.mengapa dan bagaimana sekolah yang juga mengikut sukatan pembelajaran yang sama dan soalan-soalan dalam peperiksaan juga sama tetapi masih juga tidak boleh diiktiraf oleh sesetengah pihak.
harapan, yang terbaik dan paling cemerlang mendapat pengiktirafan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment