Monday, April 6, 2009

KOLAM RENANG BAKAL KERUH

negara kita sudah mempunyai ketua kepala yang baru.siapa sangka,belum pun sampai suatu tempoh yang lama sebagaimana ketua-ketua kepala sebelum ini,yang mengambil masa yang lama mencorak negara,ketua kepala kelima bertukar kuasa kepada ketua kepala keenam.kagum saya..hermmm...

baru sahaja beberapa hari ketua kepala baru kita memperkerusikan sebagai pentadbir no satu di negara ini,telah ada beberapa perubahan dilakukan.mungkin tidak besar,tapi ramai nampak.buka sahaja paper semalam,dalam kosmo muka depan.mungkin ada yang nampak.mungkin tidak.pencaturan yang dilakukan gaya yang sama.mungkin tidak secara kuak lentang atau kuak kupu-kupu..hermm..

saya bukanlah ingin berbicara gaya perenang nombor satu kita sekarang,tapi ingin mengaitkan tentang apa yang telah dipelajari tentang dunia akhir zaman.kerana tersedar akan kejadian di Italay.telah berlaku gempa bumi yang dahsyat.beristighfar saya apabila melihat bencana alam yang berlaku.tetapi adakah kita sebagai badan bagi ketua kepala sedar akan konklusinya tragedi di italay dan negara meley-z kita???seperti menceritakan dan menggambarkan sesuatu kepada kita semua sebagai umat yang berpegang pada Al-Quran secara khususnya,dan rakyat meley-z secara umumnya..

sebagai manusia yang berakal,dan manusia yang dianugerahkan Allah panduan hidup adalah Al-Quran.maka,telah termaktub hukumnya,kita perlu kembali pada apa yang telah diwahyukan.sebagaimana hukum,kita wajib memilih ketua kepala yang mengikut syariat.
jika kita tidak berlandaskan syariat dan hanya membutakan mata,menekup telinga kita dengan kertas bernombor,mungkin Allah akan terus membutakan mata dan menarik pendengaran kita tetapi kita terus dikambus dengan tanah.

cuba kita fikirkan,Allah tidak akan sekali-kali menganiaya hambanya.tetapi kita sebagai manusia yang wajib patuh padaNya,perlu berlandaskan pada paksi yang benar.janganlah kita mempertikaikan setiap apa yang telah diwajibkan.

(macam ni ke kita nanti ye??)

sejak akhir-akhir ini,saya dan rakan-rakan ada juga berbual tentang pemilihan ketua kepala.paling merunsingkan kami ialah apa yang telah dijanjikan Allah,bahawa dunia akhir zaman mempunyai beberapa petanda.apa yang ditekankan disini,ketua kepala yang zalim mentadbir sesebuah badan dan golongan yang penyumbang suara menjadi pujaan di tempat pertama.sesungguhnya,kita boleh tafsir dan melihat kolam perenang nombor satu kita adakah punya kedua-dua perkara itu??
benar,kami risau akan diri kami.berbicara tentang amal ibadat yang belum cukup dibawa sebagai makan pagi,petang,malam di barzakh nanti.risau akan malaikat pencatit amalan.antara sedar atau tidak setiap dosa dilakukan.takut.sudah tiba satu masa Allah menunjukkan balasan yang kecil di kolam kita...

(keruhnya..siapa 'ketua kepala' 'kolam' ni)
selamatkanlah kolam kita.jangan jadikan diri kita ikan kecil yang bakal tertimbus seperti di italey.berdoalah agar kolam kita punya ketua kepala yang berenang dengan gaya yang betul.sebelum kita sama-sama lemas...

No comments:

Post a Comment