masih lagi dalam tempoh syndrom ..
esok adalah subjek terakhir untuk saya.berhempas pulas jugala saya untuk saat-saat terakhir ini.dugaan di waktu yang lain sedang mengerah tenaga untuk mengosongkan tempat peraduan..memang begitu terasa sekali yang saya masih dalam 'peperangan'..tetapi dalam diri lebih risaukan untuk mengumpul segala ilmu untuk esok..
oleh kerana sudah tepu dengan ilmu undang-undang,saya bertapak ke tempat mengisi perut..
dalam tengah tak berapa seronok mengisi setiap biji padi itu kerana masih memikirkan banyak lagi belum habis dikhatam ilmu undang-undang,pandangan saya tertarik pada sekumpulan hawa yang gaya nya lebih muda dari saya..
dari penampilannya saya lihat amat manis kerana masih tertutup..tetapi semakin dekat kumpulan itu menghampiri pintu tempat mengisi perut,ada rasa agak sedikit kecewa...masih manis pada penampilan dari atas tetapi yang selebihnya..:-(
rakan-rakan yang bersama-sama dengan suapan butiran nasi dalam objek bulat,perasan dengan sedikit dengusan saya..
mereka mengarahkan pandangan ke arah kumpulan yang sama..hanya tersenyum...
senyum sinis agaknya..
oleh kerana saya dapat memahami senyuman itu,saya bersuara..
'jadikan sebagai peringatan untuk kita'..
mereka hanya diam..masih memahami..
kiranya saya ini bukanlah cukup sempurna berbicara tentang penutupan aurat..cuma apabila terlihat pandangan yang tak seberapa indah itu,saya muhasabah dengan diri sendiri.melihat kekurangan diri..
mungkin sesuai rasanya jika saya memberi perumpamaan kejadiannya wanita dengan suruhan menutup aurat dengan sebotol minyak wangi
sebotol minyak wangi yang dilihat dari luaran begitu cantik sekali.
sungguh jernih..
bila penutup dibuka,keluarlah haruman yang amat menyenangkan
sungguh memberi kesan pada pemakainya..
menjadikan lebih yakin..
semakin lama semakin kurang wanginya haruman itu
kerana penutupnya tidak diletakkan tempat sepatutnya oleh tuannya..
begitulah jugak kejadian wanita..
semakin terbuka tanpa menutup bahagian tertentu..
cantiknya kejadian golongan hawa ini semakin berkurangan..
kejernihannya juga semakin pudar..
tiada siapa yang dapat kita persalahkan melainkan diri kita sendiri..
pada pandangan saya,itulah kecantikan tetapi bukan keindahan yang memberikan ketenangan.....
hanya sebagai ingatan sesama kita..(",)
No comments:
Post a Comment