Saturday, May 16, 2009

HARI GURU..


hari ini hari guru!!

selamat hari guru buat semua.tak kira la guru yang bertauliah atau tidak.asalkan sudah digelar dan dipanggil sebagai guru..

ucapan ini saya mahu tujukan kepada bonda dan ayahanda.selamat hari guru.walaupun sudah pun bersara tetapi masih lagi ada semangat sebagai seorang guru..

masakan tidak,anak-anak jugak turut sama memilih kerjaya sebagai guru.mungkin darah sebagai pendidik mengalir dalam setiap anak-anak bonda dan ayahanda..

zaman saya kecil-kecil dulu,saya suka sangat ada hari guru.pelik kan??hehe
sebab bonda akan dapat hadiah banyak pada 16 mei..walaupun hadiah-hadiah itu untuk bonda,kami adik beradik kadang-kadang berebut nak miliki hadiah tu.walhal,kami satu rumah,tak perlulah nak berebut sebab lepas tu pun akan sama-sama dapat guna juga...so sweet at that time..hehe..

tetapi kakak dan abang sudah dapat merasai menjadi guru dan boleh mendapat hadiah sama seperti bonda dapat dulu..sudah tidak hairan kot bagi mereka..

kepada kakak-kakak dan abang-abang saya,selamat menyambut hari guru dari adik mu ini..
anda semua adalah insan terpilih di dunia dan di akhirat sebagai bekalan..

apa pun..kepada semua guru,ustazah,teacher,sir,Dr.,Assoc. Prof n Prof..saya ucapkan SELAMAT HARI GURU..SEMOGA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH..

No comments:

Post a Comment