Saturday, August 8, 2009

'APA YANG PENTING???-KERJASAMA'

salaamu 'alaik..

Alhamdulillah...program yang saya sertai telah pun 2 minggu tamat.segalanya berjalan dengan lancar..pelbagai perkara yang telah saya lalui..dengan seribu rasa..gembira,hiba,sedih,geram,marah,kecewa,puas hati dan bermacam-macam lagi yang menghidupkan hati dan jiwa ini..berkat kesabaran semua sahabat-sahabat yang bersama-sama memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh cemerlang...sebagaimana motto yang disematkan oleh Penolong Pengurus Program 2 ini...'APA YANG PENTING???-KERJASAMA'

terima kasih buat yang sama-sama ketawa,'menangis' dan mengerah tenaga yang ada demi untuk menjayakan program ini..

program ini telah membuka setiap pancaindera saya dengan mengenali setiap dari kita.apa yang saya kagumi sekali,dalam ahli gerak kerja kami,majoriti nya adala junior.pada awalnya,ada yang cuba mengusik kami-kami yang boleh dikatakan 'agak senior', mepersoalkan kemampuan ahli-ahli kami yang boleh dikatakan 'muda' untuk program sebesar ini. tapi saya dan yang lain-lain tetap pekakkan telinga tentang apa yang telah mereka katakan.mungkin hanya ingin menguji atau mengeji...kami tahu sejauh mana kemampuan kami.tiada yang lama,akan tiada yang baru...dan begitulah juga sebaliknya..walau apa pun,kami tetap kuat.kuat untuk menjayakan program ini..

walaupun ada beberapa masalah yang timbul semasa proses gerak kerja dan pada hari kejadian,kami tetap bersatu..seronok jika saya bercerita tentang mereka-mereka yang pada pandangan dan pemerhatian saya,yang begitu tabah untuk meneruskan program ini.memang pada awalnya,ada yang sudah putus asa untuk meneruskan program yang dikira terlalu mencabar bagi saya,tapi pasti ada diantara kami yang saling menyuntik semangat..tidak terkecuali setiap yang pernah merasai 'lemah' sementara..tetapi dengan kata-kata semangat setiap dari kami,itulah kekuatan kami...

ingin saya ceritakan sedikit apa yang telah kami lalui sebelum,semasa dan selepas program....

kami diberi tugas untuk mendapatkan sebanyak mungkin vendor-vemdor untuk menyertai kami.dengan hanya berbekalkan 'KERTAS KERJA'.bermaksud,'ZERO'.setiap minggu kami berjumpa untuk mengatur strategi dalam mencapai sasaran kami yang mana kami telah diberi kepercayaan untuk mengisi 20 tapak dalam dewan utama.dalam hati kami,seperti mustahil.kerana,tak mungkin dalam masa 3 bulan kami akan dapat mencapai bilangan yang agak besar.

2 minggu telah berlalu..tiada 1 pun vendor yang ingin menyertai kami..dari pagi sampai ke petang kami 'bertandang' di bilik operasi..sehingga minggu ke-3, baru je 1 vendor yang berminat.itu pun setelah menyelongkar senarai wakil jualan di dalam internet.sudah beratus-ratus vendor kami hubungi.

minggu ke 4...kami mula set target untuk mendapatkan 10 vendor bagi mengisi 10 tapak..hari berganti hari,minggu berganti minggu,tetapi hanya 1 sahaja yang berminat.bermcam-macam rintihan dari setiap ahli gerak kerja.

langkah yang terakhir,beberapa orang diantara ahli-ahli yang terlibat sama-sama turun padang ke kawasan bandar KL untuk cuba menarik seberapa ramai yang kami mampu..boleh dikatakan 4 kali kami turun padang secara bergilir-gilir pada hari yang berlainan...

berkat usaha gigih sahabat-sahabat,akhirnya kami telah pun dapat menarik vendor-vendor menyertai program kami..

Alhamdulillah...setelah tiba waktu hari menandatangani perjanjian diantara wakil kami dan vendor-vendor, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.malahan kami juga tidak menyangka program kami menjadi sebutan vendor-vendor di kawasan KL terutamanya Law Yatt dan Imbi Plaza.program ini juga berjaya mencapai melebihi target yang telah ditetapkan.

mungkin inilah berkat kesabaran dan doa setiap mereka yang sama-sama ingin melihat kejayaan program kami.walaupun pelbagai masalah yang terpaksa kami hadapi,tidak kira dugaan dari pihak dalaman ataupun luar,kami tetap ingin mencapai target yang telah ditetapkan dan melihat kejayaan setelah segalanya selesai..Syukur atas segalanya....terima kasih kepada mereka-mereka yang bersama-sama dalam merealisasikan program ini..

~~mungkin inilah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan sepanjang 'ketiadaan dan kesibukkan' saya tidak mengupdate blog peribadi ini..
moga masih ada yang tetap mengikuti blog saya ini~~~

wallahu'alam...

1 comment: