Saturday, December 12, 2009

JANGAN ENGKAU ANGKUH..BERSYUKURLAH..

assalamualaikum..
buat teman-teman yang dekat dan jauh..
tiba-tiba hati ini ingin menulis sesuatu yang mungkin boleh dijadikan perkongsian ilmu bersama
beberapa hari lepas adalah satu waktu yang mana bagi saya terlalu susah untuk saya tempuhi
dengan kudrat yang ada membuatkan saya begitu lemah sekali
terasa begitu kerdil dihadapanNya
apa yang mampu saya lakukan adalah zikir dan doa..hanya itu saja yang mampu

pada awalnya,saya seperti hilang arah tujuan sehingga mencari teman yang mampu menjadi tempat saya luahkan segalanya
tetapi saya tidak berasa ada satu kelegaan yang pasti..
mungkin apa yang pernah saya lalui sebelum ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan mereka yang lain
kerana Allah tahu akan rasa perit saya ini,saya terjumpa beberapa artikel yang berkisarkan tentang mendekati Allah
secara keseluruhannya artikel-artikel tersebut membincangkan jarak kita dengan Allah
dan jawapan kenapa kita sentiasa di uji walaupun setiap suruhanNya kita sudah tunaikan
kesimpulan yang saya boleh buat adalah penyerahan diri kita kepada Allah bukan sahaja jasad tetapi hati dan jiwa secara menyeluruh
kadang-kadang kita alpa akan ada nya Dia
kita cepat lena bila dibuai dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan
kita memang bersyukur tetapi kita tidak menyerahkan diri kita sendiri dengan sepenuhnya
saya sendiri pun tertanya-tanya bagaimana penyerahan diri kita kepada Allah secara menyeluruh
apa yang saya peroleh,kita perlu mendekatkan diri pada Allah bukan hanya cukupkan rukun Islam yang wajib ke atas kita semua
tetapi kita lupa akan amalan sunat yang sebenarnya memberikan kita kelebihan dari sudut ketenangan dan konsep bertawakkal
apabila kita dalam keadaan gusar,dalam perjalanan hidup yang diduga sebenarnya itu adalah hadiah Allah kepada kita
yang mana akan dijadikan sebagai slot untuk kita menambah kredit amalan dalam kehidupan seharian
dengan mengamalkan penyerahan sepenuhnya kepada Allah,kita akan rasa Dia yang Maha Mengetahui keatas setiap sesuatu
sesungguhnya manusia tidak akan lari dari ujian.baik besar ataupun kecil.
maka,mengadulah,merintihla,menangislah sepuas-puasnya dan mohonlah setiap pertolongan dariNYa
kerana Dia benar memahami dengan isi hati kita
kerana Dia juga yang memberikan kita hati,perasaan dan juga kekuatan
pastinya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita


ketentuan yang Allah berikan itu adalah yang terbaik
setiap apa yang pernah Dia janjikan adalah pasti
kita sebagai manusia dan hamba Nya harus ada rasa kehinaan keatas diri kita sendiri apabila dihadapannya
setiap masa dan saat kita sentiasa di hadapanNya
bukan sahaja dari segi amal ibadat yang kita perlu menunjukkan kudusnya kita dihadapan Dia
tetapi setiap anugerah yang diberikan Allah kepada kita
kadang-kadang manusia susah untuk bersyukur dengan apa yang dianugerahkan
bertambah-tambah lagi kita seperti bangga kerana setiap apa yang kita ada adalah milik kita
dan meletakkan suatu kemahuan yang kita sendiri tak pasti
sesungguhnya itu adalah suatu keangkuhan kita terhadap Allah
jika digunakan akal logik manusia,bolehkah sesorang itu angkuh dengan Penciptanya sendiri sedangkan kita sendiri tahu bahawa Dia mampu menarikbalik setiap suatu yang diberikan
tetapi itulah kita.diwaktu kita alpa.

setiap manusia itu diberikan kelebihan yang kita sebenarnya tidak nampak
kelebihan dari sudut pemikiran,teknikal,ilmu,paras rupa dan macam-macam lagi yang diberikan
jika kita mengaplikasikan setiap yang dianugerahkan itu di atas jalan yang benar,kita juga akan bertindak di atas satu landasan yang benar
manusia yang begitu cepat melatah dek kerana kelebihan yang ada adalah manusia yang tidak tahu bersyukur dan paling rugi
dan menjadikan ia sebagai satu kebanggaan di bumi Allah ini
inikah yang Islam ajar?
kita harus bijak kerana kita diberikan akal
jangan disangka setiap apa yang kita ada itu adalah hak milik kita yang mutlak
sesungguhnya Allah tahu atas setiap sesuatu
angkuh sesama manusia,susah untuk mendapat berkat
angkuh kita kepada Allah..susah mendapat keredhaanNya

buat teman-teman..
saya hanya cebiskan sedikit ilmu untuk bersama kita hayati memandangkan ramai diantara kita akan grad hujung semester ni
semoga apa yang telah kita perolehi,tidak kira dimana kita berada..di UITM,UM,UKM,INDONESIA,UK,SYRIA,MESIR,JORDAN dan di mana-mana saja..
gunakan apa yang kita ada dengan sebaiknya..sesungguhnya..kita adalah hamba yang terpilih untuk khalifah-khalifah yang lain..
wassalam

No comments:

Post a Comment