Tuesday, January 27, 2009

LAMA HILANG...KEMANA??

dah lama tak meng'update' blog.begitu banyak urusan perlu diselesaikan..

Akhirnya tanggungjawab sudah pun selesai.dari niat yang hanya untuk menjadi peneman dan mencari pengalaman, berakhir sudah sesuku episod dia awal sem ni.siapa sangka sebelum masuk sem lagi dah kerja dan tanggungjawab menanti di hadapan untuk dilaksanakan.inilah kehidupan….

Pada awal nya, terlibat dengan program Kongres Ekonomi Islam ke-3 (KEI).mungkin sesetengah daripada rakan2 hanya menganggap satu keseronokan dan kepuasan hati tapi paling laksana tanggungjawab perlulah dengan ikhlas..

Banyak yang dapat dipelajari dan diambil daripada program2 yang sudah saya ikuti.di KEI sendiri,saya begitu kagum kerana dapat mengenali usahawan2 yang telah berjaya.waktu itu seperti ada satu semangat yang menjadi pendorong dalam memasang cita.InsyaAlah…

Setelah selesai KEI, kembali ke kampus membantu rakan2 yang bertanding untuk pilihanraya kampus di UIA.begitu semangat sekali mereka.mungkin saya tidaklah nampak begitu teruja dengan ‘perayaan’ ini, tapi dalam jiwa saya, membantu rakan2 adalah juga tanggungjawab.mungkin kita tidaklah serapat mana.’but the best,should be vote’..Congratulation…..

Ahh…jasad ini kembali bertugas di luar sebagai UIA untuk program I’FEST.satu program yang boleh dikira besar.melibatkan menteri2 negara kita sendiri.berkampungdi Cititel selama 5 hari.bermacam2 kisah dan cerita.hanya mereka yang berada di sana dan bersama2 sahaja merasai sebuah kisah di I’FEST..hermmm…thanks En.zamri dan EnYusuf di yapeim.kebajikan kami terjaga…

Harini dan malam ini kembali berada dikampus. Membuka kitab2 yang telah lama ditinggalkan selama 5 hari.assignment dan projet paper yang belum siap lagi. X lupa juga kuiz2 dan midterm yang hampir tiba..

No comments:

Post a Comment