Monday, February 2, 2009

Bicara-Nya...

siapa kita dalam mencari sesuatu yang kita inginkan?dalam hati berkata dan menjerit inginkan sesuatu yang tak pasti.hanya kepada Allah tempat bermohon.tapi bila kita senang dan berbahagia, kita lupa Dia yang telah memberi pertolongan setiap kali dalam kesusahan...

kekurangan nikmat yang tak seberapa ini, menyedarkan akan kekurangan diri.mengingati hanya dalam sekadar cuma ketika sakit.

sesungguhnya Allah sedang menyampaikan khabar tentang kealpaan sendiri untuk ikhlas sujud dan menyerahkan sepenuhnya kepadaNya..

besar kesedaran ini diwaktu kesakitan dan kelemahan diri yang diberikan secara zahirnya

aku bersyukur di kala ini..kesakitan ini memberikan aku ruang dan kesedaran yang cukup besar maknanya..

begitu hina dan taksub hya aku dikala aku dlm keadaan sihat walafiat dan rakus menikmati nikmat-nikmat yang telah Engkau anugerahkan.

tetapi bukanlah menginginkan kesakitan setiap masa..kerana aku x sekuat mana dalam mengahadapi kifarah-kifarah yang Engkau turunkan...

No comments:

Post a Comment