Saturday, February 7, 2009

NASIYA...

sekarang ni susah betul nak 'berkhidmat diri' dalam privacy.banyak sangat program-program dalam kampus dan luar.harini baru saja melawat UKM.memang penat tetapi tanggungjawab terhadap orang lain amat penting.kalau tidak dlunaskan, akan ditanya di baqa' nanti.

dalam minggu ni saja memang banyak sangat assignment.tidak kurang juga program untuk gabungan blok di mahalah aminah.disebabkan saya terkejar-kejar kesana kemari, tiba-tiba tadi dapat panggilan dari presiden blok.bertanyakan program gabungan tersebut..ya Allah...insan..insan..insan..benarlah.manusia ni mudah sangat lupa.tanggungjawab untuk survey tempat dalam masa 2,3 harini telah pun di 'take over' oleh oranglain.syukran pada yang alert dengan tugas kita bersama.tapi rasa bersalah juga walaupun sedikit lega kerana terlepas pandang tugasan diberi.

benarlah yang selalu kita dengar, walau sesibuk mana pun kita,kita perlukan 1 ruang dan waktu untuk kita berfikir.ruang untuk muhasabah diri sendiri.seperti menarik nafas setelah penat berlari.semoga kita tidak mudah lupa siapa diri kita.terlalu mengejar sehingga kita lupa apa yang tertinggal di belakang.

semoga kesilapan ini x berlaku lagi......InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment