harini xde apa agenda.setakat berada di bilik menyiapkan assignment n revision.sambil mencari idea nak siapkan assignment tadi, terasa ada suatu kekurangan.ermmm..rindu pada buah hati yang jauh..apa yang dibuat sekarang ye.mesti tengah sibuk kejar ke sana ke mari mengajar.setiap hari ada je jemputan mengajar.sampai sy cukup kagum dgn dia.siapa lagi kalau bukan bonda tercinta..CIK..
dah lama x balik kampung.terasa sangat kekurangan dan kekosongan sebab belum ada lagi cuti yang sesuai untuk balik.cuti yang ada sebelum ni, dihabiskan dngan program-program.rindu hanya boleh dilepaskn dengan call je.bila dah mula borak banyak ceritanya.dan cerita yang biasa dapat saya dengar,pasal kelas Al-Quran,tarannum dan bermacam-macam lagila.
isu yang paling hangat sekarang,abe ngah nak kahwin hujung bulan 3 ni.permintaan Cik,supaya saya berusaha untuk balik.yela..kami ada 2 orang je adik beradik perempuan.kakak pula masih lagi d oversea.insyaAllah bulan 6 or 7 ni akan kembali ke Malaysia.hermm..boleh tengok mata hitam kak na tu jadi biru ke x..hehe..
insyaAllah syadah akan berusaha untuk balik pada hari majlis di rumah kita...bagi sy,Cik memang seorang yang hebat dan tabah dan kuat.bermacam-macam kisah pernah dilalui.kehidupan susah dari zaman muda hinggalah sekarang.bagi kami adik beradik, 'she is the best mother'..Cik sentiasa menjadi pendengar setia kami.x kira kami ni pernah buat silap atau x.dari abglong sampaila adik bongsu kami,Imi..Cik la tempat kami bercerita dan memberi pendapat.apa yang terbaik dalam diri Cik,x pernah menangkan mana-mana antara kami.kalau ada x sefahaman sikit antara kami, Cik sentiasa ingatkan kami..x kemana kalau sesama adik bradik masam muka.
macam mana keadaan Cik sekarang ye...rindu dengan tomyam n singgang daging Cik.suka sangat..masakan keluarga yang x pernah oranglain buat ialah 'ayam rebus'.resepi turun temurun.sampai cucu-cucu Cik pun x boleh makan nasi tanpa juadah ayam rebus..
ok la..dah habis cerita pasal rindu dengan buah hati ni,kita sambung study pulak ye..;-)
No comments:
Post a Comment