Saturday, February 28, 2009

3 1/2 vs 4

sebelum berkreativiti dengan idea yang tidak seberapa kreatif ini,saya mohon maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog sendiri.dalam seminggu dua ni banyak kerja dan program yang saya sertai untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan sendiri.orang kata,selagi masih ada masa untuk menyertai sebarang program ilmiah,lebih baik rebut peluang yang masih ada sekarang.insyaAllah..boleh dijadikan sebagai bekalan pada masa akan datang.

sebenarnya,dalam beberapa harini bermacam-macam isu yang hangat diborakkan dengan kawan-kawan.bersesuaian dengan dunia kami dalam kampus,jadinya isu yang masih hangat tentang kegawatan ekonomi sekarang.kebanyakkan dikalangan rakan-rakan yang satu 'batch' dengan saya,rata-ratanya berebut peluang untuk menghabiskan ijazah ini dalam masa 3tahun setengah.termasuklah saya yang juga berkira-kira pada awalnya,untuk grad dalam masa 3tahun setengah.so, masih ada 2sem bersamaan 1tahun lagi.

apa yang membuatkan kami masih dalam dilema kerana memikirkan keadaan ekonomi sekarang yang masih dalam gelombang arus yang tak sama alunannya.sudah semestinya,kita tidak mahu menjadi antara mereka yang punya segulung ijazah tetapi tidak mampu berbakti untuk diri-sendiri dan orang sekeliling.

lagi-lagi apabila kita melihat rentetan keadaan politik di dalam negara kita secara khas nya dan juga keadaan politik di luar antarabangsa.lebih-lebih lagi negara 'kuasa besar' seperti US yang lebih mengawal keadaan ekonomi dunia..untuk lebih senang,kita lihat keadaan ekonomi di negara kita sendiri yang masih terumbang-ambing.
-berpunca daripada kepentingan orang-orang tertentu.
-begitu banyak syarikat-syarikat besar telah pun mengambil tindakan dengan membuang pekerja dan menutup sesetangah anak syarikat untuk mengelak daripada menanggung kerugian.
-tidak kurang juga,ada beberapa syarikat telah terkeluar dari senarai bursa saham negara kita.gara-gara 'performance' yang kurang memberangsangkan.

oleh sebab itu, kesan kemerosotan dalam ekonomi negara menjadi lebih parah.
1-kurangya peluang pekerjaan,
2-bertambahnya golongan berpendapatan rendah,
3-bertambahla juga kepimpinan 'dayus'.

cukuplah entri kali ini...jumpa dalam entri seterusnya..

1 comment: