Sunday, February 15, 2009

VALEN,,,,



ros..tulip..coklat..entah apa lagi barang2 yang berlonggok di kedai-kedai sejak dua tiga hari sebelum ni.sempena valentine's day..
entri kalini bukanlah nak meng'isukan hari ke'pesongan' anak2 adam yang meraikannaya..yang menarik bagi saya ialah kesedaran ramai pihak tentang sejarah asal-usul valentine's day ni dan musibah2 yang bakal dan telah berlaku pada hari tersebut.

antara kesan daripada kesedaran rakyat kita sendiri, ramai peniaga mengalami kerugian kerana menjual barang2 yang biasa dijadikan sebagai hadiah oleh golongan remaja yang majoriti nya adalah 'couple' dan konon2nya hari untuk membuktikan 'keikhlasan' cinta..kononnya la..tidak kurang juga rakyat2 kita yang berbangsa cina,india dan lain2,telah menyedari dan memahami kenapa hari tersebut tidak patut diraikan dan tidak memberi sebarang kesan positif.

tetapi apa yang menyedihkan,masih ramai lagi remaja2 melayu sendiri dan beragama islam masih lagi pendek akalnya.walaupun telah mengetahui sebab musabab perlu memboikot hari kesesatan ini,tapi masih lagi berkeras hati dan hanya mengikut kemahuan sendiri.hinggakan dalam akhbar yang saya baca semalam,kalau tidak silap,hampir 100 orang remaja yang ditangkap semasa operasi.yang amat menyedihkan ialah majoriti nya adalah melayu dan islam..
agak pelik saya kenapa masih ada lagi dikalangan yang masih tidak sensitif dengan apa yang telah ditegah dalam islam dan kempen2 kesedaran.dengan masalah sosial yang semakin hari semakin menjadi2..sepatutnya kita yang beragama islam lebih memahami dan lebih sensitif dengan isu ini.

apa2 pun tahniah kepada media massa yang berusaha bersama2 untuk berkempen. nampaknya,begitu berhasil sekali.walaupun masih ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga serta membantutkan perkembangan minda untuk berfikir dan menerima apa yang baik untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment