x tahu nak post pasal apa.dah dua tiga kali buka blog sendiri tapi tutup balik.
harini bosan sangat..mana semua orang pergi..??
dari kemas bilik sampai la buka buku2 yang penah di baca.nak menelaah..jiwa x masuk nak mengadap sebab pagi tadi baru je lepas exam midterm..
mungkin disebabkan sebelum ni terlalu sibuk dengan pelbagai perkara,bila dah free macam ni rasa bosan sangat.kawan-kawan pula asyik bising minta buat entri baru...
maafla kawan-kawan..sekarang ni macam bercelaru sikit.kalau ikutkan nak je masukkan isu terbaru di negara kita tapi rasa lagi menambahkan sakit hati.so,langkah paling bijak, belum mahu bincang perkara sebegitu
harini ramai teman2 yang exam.jadinya...tidak produktiflah saya di bilik ini sambil melihat lampu,kipas dan buku2 yang tersusun di rak.nak menapak ke library tapi memang dah niat malam ni nak berkhidmat diri di bilik je.tapi...kebosanan sukar dibendung..maknanya,esok kaki ni kenala melangkah ke library.menjadi lebih produktif dan effektif.supaya minda ni boleh berfungsi.
walaubagaimanapun, minda ini semakin berusaha untuk bermuhasabah.cuba mencari kekurangan diri agar dapat diperbaiki.meningkatkan hubungan baik dengan Allah, sesama makhluk dan dengan diri sendiri..kalau diteliti, banyak betul kekurangan dan kelemahan diri.lebih2 lagi hubungan dengan Yang Maha Esa.di sinilah akar sebenar yang perlu dibaiki dan diperelokkan yang akan disusuli dengan hubungan sesama yang lain..barulah jiwa dan hati kita akan tenang merasai kemanisan eloknya hubungan denganNya..kerana dari hati manusia berfikir.jika kusamnya hati itu, maka kusamlah pemikiran kita..nau'zubillah..
cukuplah entri kalini.x tahu ape benda dah berceloteh..tapi ada la sedikit peringatan untuk sama2 kita ambil... (",)
No comments:
Post a Comment