insaf bila mendengar cerita-cerita kesusahan zaman nabi-nabi dahulu.terbayang-bayang...bagaimanakah kita jika ditakdirkan Allah hidup pada zaman tersebut.islam kah kita?atau sama sahaja dengan penyembah-penyembah berhala?na'uzubillah..sepatutnya kita rasa bersyukur.dilahirkan dalam kesempurnaan islam dan kejayaan Islam sudah lama dikecapi.bertuahnya kita..Alhamdulillah..
tetapi setelah habis sahaja mendengar kuliyah-kuliyah,ceramah-ceramah dan program-program keagamaan, terasa kembali pada kealpaan.antara sedar atau tidak...
pernah tak bila kita sedih sangat-sangat,kita cepat-cepat mencari sejadah,telekung atau kopiah untuk sujud dan mohon pertolongan dari Allah?padahal sebelum itu, kita tidak ada pun rasa untuk berteleku lama-lama atas sejadah buatan dari Tanah Suci Mekah.yela.sayang nak guna.guna masa sembahyang raya nantilah..(it's useless la...)
pernah tak bila kita ada banyak kerja yang kena selesaikan, kita lupa apa yang kita telah
azamkan?kononnya, masa tengah bersemangat,bukan main lagi tak tinggal baca Al-Quran, nak solat sunat setiap malam...lagi-lagi,bila ongkos kering, solat dhuha tak pernah tinggal.tapi bila dah tebal poket, hemmm...pernah tak bila kita timbang berat badan, berat badan bertambah, mulalah risau.terus berusaha nak diet,makan pun tak habis.akhirnya,membazir.buang makanan macam tu je..tapi, bila dah tak ada duit, mulalah sedih.makan mee segera je.mula ingat masakkan gulai lemak mak kat kampung..(haii..kata diet)
pernah tak,masa kita berjalan kemana-mana,kita tengok je orang berkereta,bermotor,sampai ada angan-angan..siap berniat lagi tu.."kalaulah aku berkereta,aku akan tumpangkan mereka yang berjalan kaki.itupun kalau yang sama hala la..".tapi bila dah berkereta, "malaslah nak berhenti.biar rasa jugak susah senang aku dulu masa masih belum ada kereta.baru menghargai sikit"(angan-angan atas anginlaa..)
pernah tak bila ada orang tak menghargai kita,kita mula berazam untuk tidak lakukan benda yang sama,malah akan menjaga 'dia' dengan lebih baik dan tak mahu mengecewakannya?tapi bila dah dapat, tak ada maknanya..compare and contrast la dengan yang dulu..
pernah tak?pernah tak?pernah tak?pernah tak?pernah tak?pernah tak?pernah tak?pernah tak?
itu adalah antara kealpaan kita bila kita sudah mendapat kesenangan.tapi bila kita dalam kesusahan,kita menjadi terlaluuuuu baik...kadang-kadang kita masih tidak kenal siapakah kita sebenarnya....
fikirlah sendiri....
moral: BERISTIQOMAHLA...

No comments:
Post a Comment