
nak cerita sikit hari kejadian tu..memang ramailah sangat-sangat.tak putus-putus tetamu datang.dan teramatlah penat sampai tak cukup kaki nak handle semua.terkejar ke sana ke mari.kejap ke bahagian luar,kejap bahagian muslimat berjuadah dan sekejap ke dapur membantu apa yang patut.bukan apa, ketua dapur yang biasa nya tak pernah di 'take over' akhirnya ter'take over' jugak.jadilah saya dan kakak ipar sebagai pemangku...boleh dikatakan semua saudara-saudara dekat dan jauh datang.nampak macam kenduri kahwin anak perempuan pulak.hehe..apa yang penting, dapat kenal-kenal saudara-saudara yang jarang berjumpa dan ada juga yang kurang kenal..
maka dipendekkan cerita, sampailah saya di UIA.kerana teramat penat,kelas pukul 10 pagi hampir-hampir nak ter'skip'..huhu..tapi sebab fikir dah nak final,gagahkan jugak kaki berjalan ke kuliyah.takut ada point-point yang penting terlepas untuk persediaan final nanti.
tapi yang gembiranya...saya tak bawa balik hujan ke sini ye.hehe..entri sebelum ni memang banyak memberi kesan kepada kawan-kawan yang setia menziarahi blog saya..
sebelum saya berhenti menaip yang entah apa-apa ni, nak minta maaf kalau saya tidak update blog saya.mungkin kalau update pun hanya sekadar menghilangkan rasa bosan masa menelaah.
terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memeriahkan blog saya.walau apa pun, sentiasalah menziarahi blog ini ye..
wassalam
No comments:
Post a Comment