sampai dalam suasana hujan lebat..habis basah beg dan diri sendiri..tepat jam 6 pagi tadi kaki ni dapat jejak bandar kota bharu.satu kesukaan saya apabila sampai pada waktu sebelum subuh di kota bharu adalah keharuman bandar ini..hermm..promote tempat sendiri.ehe..
lama menunggu abe datang amik.seronok tengok makcik-makcik jual kueh, buah dan pakcik-pakcik kete prebet (private).inilah tempat asal saya dengan suasana nya tak jauh beza dari dulu sampai sekarang.dalam galak melihat suasana tu, teringat masa zaman sekolah menengah.dulu..tempat nilah saya menunggu bas bandar.nak balik rumah.padahal rumah dekat je.adala dalam 30min berjalan.tapi dah tak tahan panas atau hujan,panjat jugak bas...tapi sekarang saya masih lagi berdiri di tempat yang sama tapi waktu berbeza dengan usia berbeza dan dengan satu matlamat yang sama.."nak balik,tido" hehe..
sampai je kat rumah,macam biasala...kecoh 1 rumah bila dah berkumpul ramai-ramai..maka adala yang berdialog 'macam mana la kalau esok pun masih hujan lebat jugak'..dengan itu, bersahutla..'ni sebab syadahla bawak balik hujan'..hemm..dah biasa dah kena dengan abe-abe..inilah lumrah kehidupan adik yang dah nak hampir bongsu..
tapi,saya tetap seronok..bukan apa,susah kami nak berkumpul.yela..semua dah berumah tanggaa dan sudah bekerja dan belajar jauh-jauh...di situla kepuasan terpancar pada wajah insan tercinta kami CIK.melihat semuanya berjaya..
emm..dah tak tahu nak tulis apa..cuma sekarang mahu kumpul tenaga untuk membantu masak memasak nanti..
k la..jumpa lagi entri akan datang...(",)
No comments:
Post a Comment