Wednesday, April 29, 2009

LIHAT DUNIA LUAR

setelah beberapa hari terperap dalam istana kesayangan,akhirnya saya melihat dunia luar pada hari ini untuk kali kedua..maka berjayalah ciktim dan kerabatnya mengeluarkan saya dari kepompong istana kaca ini..

kaki sudah penat berjalan.boleh dikatakan setiap kedai di kawasan bandar utama ini di ziarah..

plan asal nak bersukaneka dengan ciktim,kak yam n lala ..tiba-tiba dapat panggilan dari sahabat baik zaman sekolah menengah dulu.jadinya ada pertembungan di situ..tapi bagi tidak mahu menghampakan permintaan sahabat baik yang sudah lama tidak ketemu,diajak bersama untuk bersukaneka..

pada awalnya..memang suka dan aneka tapi apabila kami mahu meneruskan sukaneka itu untuk pusingan kedua,sudah tidak mampu kerana makin ramai adam di situ.maka kami ambil keputusan untuk berhenti..paling menarik,saya adalah juara..hehehe..dapat hadiah aiskrim kegemaran dari mereka..chip coclcolate..yummy..

memulakan program kami kedua.tetapi hanya bersama teman-teman lama.ciktim,kakyam dan lala,tidak ikut serta kerana masih ada tanggungjawab lain..program kedua tetap diteruskan kerana seorang teman lama saya ini akan menempuh dunia baru dengan status yang berlainan.insyaAllah akhir bulan lima nanti teman baik saya ini akan merasa jadi raja sehari..jelas tergambar keceriaan..jadinya kami berdua,saya dan tie sama-sama mengheret bakal seri pengantin ini jelajah bandar KB ini..yang kesiannya..dia yang menjadi driver kami..hehehe..

permulaannya,mencari buku yang ingin dijadikan koleksi terbaru tapi hampa.stok sudah habisla...hermm..minggu depan baru ada..betul-betul hampa.cadangnya,sebelum pulang ke asrama,mahu dihabiskan sekurang-kurangnya 3buah buku.tapi, tak apa la...

meneruskan juga mencari beberapa keperluan yang lain..belek sana-sini,satu je barang yang dibeli.masih dalam bajet walaupun perlu control untuk tidak belanja berlebihan..

hampir waktu asar saya sampai di rumah..masih lagi penat tetapi oleh kerana malam ini merupakan giliran level saya untuk daftar subjek bagi pembelajaran sesi akan datang,maka digunakan juga kudrat yang tak adalah penat sangat pun...menyusun jadual terbaru...

sekarang sudah rasa rileks sikit..mahu simpan tenaga untuk 'perang' malam ini (",)
wassalam..

No comments:

Post a Comment