Monday, May 4, 2009

SANTAI...

saya kini kembali ke asrama balik..ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tak pernah ambil cuti panjang?

mahu habis cepat kot..sedang berusaha untuk habiskan dalam jangka waktu yang pendek..insyaAllah..

saya bersyukur..hari ini usaha saya untuk tambah matapelajaran bagi pengajian kali ini dah pun selesai..kerana kemahuan yang sungguh-sungguh..saya bertahan dan bersabar dari pagi hinggalah masuk waktu petang..

bermulalah kembali rutin saya seperti sebelum ini..

beberapa hari sebelum keberangkatan ke tempat saya belajar,ada juga beberapa aktiviti dapat saya lakukan bersama kawan zaman sekolah rendah.kedatangan mereka ke rumah saya untuk jadi antara manusia yang bersesak ke stadium Muhammad di Kota Bharu bersempena program tv swasta kita..
aaaahhh...
rimas saya dibuatnya.sudah menjadi sindrom saya berada di khalayak ramai yang penuh sesak.mulalah rasa pening-pening..
hemmm..memang dari dulu lagi..selalu saja mahu pulang awal.kawan-kawan yang kiranya bagi saya datang dari jauh,belum puas lagi untuk berjalan-jalan dan melihat suasana yang penuh kemeriahan itu.tak tergamak saya mahu mohon pulang..

tidak disangka pula bonda diajak oleh jiran pada malam hari yang sama.dan saya menjadi pengikut setia bonda..tapi tidak sampai sejam pun.
kebingitan pada waktu itu membuatkan saya bertambah rimas berbanding petang tadi..konsert yang belum cukup memberi ilmu sebagai makanan jiwa anak-anak muda...

pada keesokannya saya berangkat meninggalkan kamar yang menjadi sarang saya menjalankan segala aktiviti seharian pada musim cuti..begitu juga bonda yang kurang sihat..abang yang jadi kawan saya dari zaman sekolah..dan juga kenikmatan ayam rebus bonda resepi turun temurun juga sudah tidak dapat jadikan hidangan utama lagi.. :-(

what ever la...yang penting,saya mahu cepat-cepat habiskan ijazah saya kali ini..don't play-play bak kata phua chu kang melintang pukang kan bahasa inggeris..

sudah cukuplah entri kali ini..hanya entri yang santai..mungkin pada masa akan datang untuk isu-isu yang lebih berat..

wassalam

4 comments:

  1. kakak rajin..
    semoga sihat sokmo.
    haha, gi suarasa~

    ReplyDelete
  2. rajin la sangat..
    gi sebab orang ajak..
    kalu x,sedap duk rumah lagi:-)

    ReplyDelete
  3. mata ore jah gi suarasa.
    gi tengok dale tibi.
    hehe.
    alah oyak jale jem.

    ReplyDelete
  4. memang jem pun..
    ayah n abe balik malam tu,xleh masuk rumah
    kena tggu tengah malam baru blh wak masuk kete

    ReplyDelete