Thursday, May 7, 2009

HARI BONDA...

bersempena hari ibu sedunia,saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari ibu buat bonda di kampung..mungkin bonda tidak membaca entri saya..tetapi saya mahu dunia tahu bahawa saya punya seorang bonda yang cekal dan tabah dalam menempuhi hari-hari yang agak mencabar bagi bonda saya...

tadi saya menjamu mata dengan gambar-gambar keluarga.tidaklah terlalu banyak.tapi hanya sebagai pengubat...

dalam gambar-gambar yang saya jamu selera mata ini,melihat hanya kami bertiga sahaja hawa dalam keluarga...

bonda sudah lama mengharungi cabaran sebagai seorang ibu,isteri dan juga sebagai kawan untuk keluarganya..melihat garis-garis di wajah bonda,saya dapat rasakan penat jerih bonda menjaga kami dari sejak kecil.hingga kami menjadi muslimin dan muslimah yang berjaya..insyaAllah..

redup mata bonda dan senyuman bonda jelas menggambarkan ada kepuasan dalam mendidik kami..bonda seorang yang cepat risau apabila melibatkan hal anak-anaknya.walaupun bonda punya kemahuan sendiri dalam menjadi pendidik,tetapi bonda juga tidak lupa pada kami.apa yang paling penting bagi bonda adalah anak-anak..apa yang sentiasa saya pegang dari kata-kata bonda...

"kita tidak punya harta selain ilmu sebagai bekalan..jadikan ilmu sebagai harta.."

"orang akan sanjung kita bila kita berjaya,tetapi apabila kita susah tanpa ilmu lebih-lebih lagi,orang akan palingkan muka dari kita"

mungkin itulah lumrah manusia..



orang kedua yang saya mahu sampaikan ucapan hari ibu adalah satu-satunya kakak dalam keluarga saya.sudah 11tahun rasanya dia bergelar sebagai ibu...pasti dia sudah merasai saat-saat sukar dan kegembiraan yang pernah bonda lalui..telah punya seramai 4 orang wira comel dan segak..



begitu juga kepada kakak-kakak ipar saya, selamat hari ibu..
semoga tabah mengharungi cabaran sebagai seorang Ummi dalam keluarga dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah..

No comments:

Post a Comment