Friday, May 8, 2009

INGAT ASAL-USUL SIKIT...

beberapa hari ini saya seperti terpanggil untuk memuatkan entri tentang pemakaian..
rasanya sudah berminggu-minggu kepala saya bermain-main dengan cara pemakaian muslimah..
entri sebelum ini ada juga saya sentuh pasal isu pemakaian dikalangan muslimah..

suasana saya sekarang memanglah tidak sama sewaktu saya di sekolah dulu.ber'title' kan ugama dan arab..sudah tentu lebih menekankan islamic environment..

sekarang pun saya berada di tempat yang ber'title'kan Islam..tetapi not really islamic environment..melihat gaya pemakaian dikalangan golongan hawa,memang tidak boleh dinafikan,memakai tetapi tidak menutup..saya tidaklah sempurna tetapi bila melihat,sakit mata memandang.apatah lagi melihat sahabat-sahabat yang lebih lebih dan lebih dan tak kurang sama dengan yang lain..

bukan nak kata saya bagus atau sempurna mana,tetapi agak terasa bila saya berpakaian yang tak se'design' mereka,boleh kata saya masih 'ustazah'..apa tujuannya??kita pernah satu sekolah sama.kenapa nak cakap macam tu??

saya bukan nak tunjuk perfect,bila saya cakap saya tak selesa bila lelaki tengok certain part,ada yang kata dah cukup kita tutup...setakat tutup??
kalau tutup tapi pakai yang boleh buat orang nampak,buat apa??
ni yang dipanggil pakai macam tak pakai..
Astaghfirullahal'azim..
saya tak terkata..takes time untuk balas balik.
bukan nak cari pasal dengan mereka..tapi mereka dah cari pasal dengan hukum Allah..
bila ada yang kaitkan sebab saya ni berada di pengajian tinggi yang ber'title'kan Islam,saya hanya cakap,kalau tak silap saya,ramai je yang belajar di kolej-kolej biasa masih tahu asal-usul..
agama Islam ni tak ikut tempatla...
dulu awak dalam kelas tidur ye masa cikgu ajar pasal Islam ni agama syumul??

bila ada lelaki yang bersiul ke arah mereka,marah pulak..
kata tak hormat kita sebagai perempuan..
macam mana dorang nak hormat awak???
awak yang tak hormat diri awak sendiri..
jangan nak salahkan orang lain pulak

secara jujurnya,saya belum sempurna untuk berdebat tentang gaya pemakaian muslimah.masih ada banyak kurang..kagum dengan mereka-mereka yang lebih sempurna pemakaiannya dari saya..

tetapi yang memakai tetapi tak menutup..macam mana nak tegur mereka?takkan nak kena ajar macam budak sekolah tadika?anak-anak buah saya pun tahu mana aurat,mana tak..siap boleh tegur lagi satu iklan dalam tv dulu.iklan pepsi yang dilakonkan artis-artis dari luar negara.kalau ada yang masih ingat pernah menjadi isu pada waktu itu..
anak buah saya yang masa itu masih lagi di awal persekolahan tahap satu,boleh kata "kenapa orang tu pakai macam tu?tak tutup aurat"..huh..malu saya waktu itu..

nak cerita budak kecik pun tahu pasal aurat..anak buah saya masa umur setahun dua,kalau nak ajak keluar rumah,mereka akan ambilkan tudung untuk mak atau nenek atau makcik-makcik mereka..

kita yang dah besar panjang ni????takkan cukup tutup je??entah-entah anak-anak buah saya tengok pun kena tegur juga..baru tahu malu..

saya rasa,baik anak buah saya yang jadi ustaz mereka.ajar cara-cara nak tutup aurat..

3 comments:

  1. tak ingat kot..
    tegor la pelan2..
    kadang2 terlalu ikut trend..
    sampai lupa syariat sbenar..
    Ya ALlah, sampaikanlah hidayahMu pd mereka agar mereka tidak tergolong di kalangan org yg sia2.
    amin

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak tego
    dia dulu mula tego
    tego dah sikit..

    ReplyDelete
  3. huhu~~~
    ini baru betul akak ku
    straight to the point
    ringkas..padat..
    TEGAS

    ReplyDelete