kita semua akui agama kita Islam tetapi secara praktikalnya,banyak yang masih lagi lari dari garisan yang telah dipaksikan ke atas semua umat nabi Muhammad S.A.W..
di sini ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya wanita menutup aurat..
pertama sekali,saya mahu tekankan tentang penutupan aurat ini berdasarkan beberapa ayat dari dalam Al-Quran sebagai sumber utama umat Islam:
Allah telah berfirman:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"
(surah An-Nur:ayat 31)
"Hai anak Adam,sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.dan pakaian takwa itulah yang baik.yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(surah Al-'Araf: ayat 26)
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal,kerana itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(surah Al-Ahzab: ayat 59)
saya sertakan juga hadis,Nabi bersabda:
"ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badana sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian,sekian (yang cukup jauh)."

(hadis riwayat Muslim)
semoga kita semua dirahmati dan diredhai Allah.malahan,sentiasa diberi petunjuk oleh Allah..
wallahu'alam...
semoga kita semua dirahmati dan diredhai Allah.malahan,sentiasa diberi petunjuk oleh Allah..
wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment