Friday, April 24, 2009

sambungan SERIKANDI BUKAN SERI KENDI

akhirnya..my closer friend tidak segan silu meninggalkan komen dalam blog saya..

oleh kerana ada permintaan,saya ceritakan sedikit sebanyak pengalaman pakcik Kalam Hamidi.
dari apa yang saya dapat tahu,pakcik ini mula berkecimpung dalam dunia penulisan sejak zaman dia remaja lagi..
mungkin dalam umur saya agaknya..

pengalaman yang pernah dia ceritakan pada saya,dia telah menjelajah banyak tempat.termasuklah di kota london dan banyak tempat lagi..tidak secara terperinci dia menceritakan pada saya.katanya,kalau mahu tahu lebih lanjut,dia banyak menceritakan kisah perjalanannya dalam sebuah buku bertajuk 'Fantamorgana'..

oleh kerana terlalu tertarik dengan cerita-cerita yang disampaikan,saya makin galak bertanya..

"apa lagi buku yang pernah pakcik tulis?"

"banyak nak..pakcik dah bertahun-tahun menulis.dalam masa yang sama pakcik menceburi dalam teater.."

saya terlupa tajuk teater yang pernah diarah oleh pakcik Kalam ini.sewaktu saya tahu dia banyak pengalaman dalam bidang penulisan,ingin saja saya mahu menemuramah dengan lebih lanjut..mahu saja saya mengeluarkan pen dan kertas mencatat apa yang sepatutnya..
'macam wartawan la pulak'..hehehe

pakcik yang sudah berunur 70lebih itu,ada juga menyatakan dia ingin meneruskan bidang penulisan.pada malam sesi perbualan kami,pakcik Kalam dalam perjalanan untuk bertemu rakannya di sebuah destinasi luar dr KL.tujuan yang berkaitan dengan biadang penulisannya..baginya bidang penulisan adalah minat dari zaman muda lagi.

mungkin saya tidak kenal dia.tetapi saya kagum dengannya..
pada waktu dan ketika ini,dia sanggup merantau jauh untuk merealisasikan minatnya..
benar-benar saya kagum..dia ada kemahuan..dia juga menggunakan sepenuhnya kudrat yang ada..masih gagah bertongkat memikul sebuah beg..
katanya,dia juga rapat dengan sasterawan negara kita A.Samad Said..
makin berminat saya..

ingin rasanya saya berguru dengannya..mungkin bukan dengan pengisian yang sama dengannya tetapi saya masih boleh mengaplikasikan ilmu yang dia ada untuk saya memantapkan dalam bidang penulisan saya sebagai saluran dakwah kepada masyarakat..mungkin ingin sehebat dia..

sehingga ke hari ini..saya masih terfikir..
tercapaikah hasrat pakcik Kalam?
adakah dia masih lagi kental untuk mendapatkan saluran yang sepatutnya untuk dia meneruskan karier nya sebagai penulis..
saya benar-benar ingin tahu dengan melihatkan cara dia menceritakan pengalaman dan minatnya dalam penulisan..

semoga kemahuan dan cita-cita yang murni,dipermudahkan setiap urusan agar dapat terlaksana

2 comments:

  1. knapa akhirnya?closer frend mmg tidak segan silu pn sbnrnya tuk komen..
    btw,moga kemahuan&cita-cita saudari tuk berjaya dlm bidang pnulisan dlm menyalurkn dakwah kpd msyrkt tercapai&dimakbulkan.Smoga saudari menjadi salah seorang pnulis yg hebat pada masa akn dtg.
    nmpak gaya dh ad minat tu dlm bidang penulisan..tahniah!!truskan.....

    "seribu langkah bermula dgn langkahan pertama"

    ReplyDelete
  2. terima kasih la...
    ayat puji ke ape ni...??
    minat menulis tapi xelh pakai
    hehe

    ReplyDelete