semakin hari badan ini semakin rasa lenguh-lenguh.kesan daripada mengangkat barang di asrama.
masa memanjat tangga asrama yang berada di tingkat 3,keinginan untuk lekas selesai kerja-kerja melebihi rasa lenguh-lenguh badan.
dipaksa juga kudrat ini untuk menghabiskan kerja punggah memunggah barang-barang dari kamar sendiri ke dewan serbaguna.benar-benar rasa leceh.semester lepas pun sama.kena kosongkan bilik juga.penat..setiap semester risau akan keselamatan barang-barang.
ada juga saya terbaca beberapa artikel tentang bahayanya mengangkat barang-barang pada kaum hawa.mungkin pentdbiran belum membaca artikel-artikel sebegitu atau mungkin juga mereka juga terpaksa membuat keputusan begitu..walau apa-apa pun alasannya..kesannya hanya kepada kami..
bersabarlah...
masa saya sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung,saya mencari-cari tempat duduk disebabkan beg yang berat.tak mampu nak pikul lama-lama.setelah beberapa-beberapa kali berpindah tempat.akhirnya saya mengambil keputusan di sebelah seorang pakcik.
kelihatannya seperti tidak mengendahkan kehadiran saya disitu.
oleh kerana bahu yang berasa sedikit sakit kerana cengkaman tali dua buah beg,saya tetap juga duduk disitu menghilangkan rasa penat.
tak sampai beberapa minit pakcik tadi menegur saya.macam-macamlah dia bertanya.ada juga sedikit nasihat kepada saya kerana pulang keseorangan ke kampung pada waktu malam..
ermm..memang ada benarnya..tapi saya terpaksa membeli tiket pada hari dan waktu tersebut.kalau tidak,mahu saja saya pulang bersama kawan-kawan.
pakcik tadi begitu rancak bercerita.kebanyakkannya perihal pengalaman-pengalamannya semasa masih muda.setelah beberapa ketika,saya bertanya
"pakcik kerja apa?"
"umo pakcik dah 7o lebih,nak..kiranya dah tak kerja"
"pakcik nama apa ye?"
"orang panggil pakcil Kalam Hamidi.."
'Kalam Hamidi??macam pernah dengar'
mungkin kerana melihat kerut di dahi,pakcik tersebut memberitahu bahawa dia adalah seorang penulis.kebanyakannya,penulisannnya berkisarkan kehidupan dan pengalamannya
patutla..
setelah cukup 30 minit perbualan kami,pakcik itu meminta diri untuk mencari bas yang sepatutnya.
dari jauh saya melihat pakcik itu berjalan..dia masih ada kudrat untuk meneruskan cita-citanya
masih menggunakan kudratnya walaupun sudah bertongkat..tapi saya??dah angkat barang berat pun dah rasa tak larat.dah lenguh-lenguh..berbeza..
macam mana nak jadi seperti serikandi Islam zaman dahulu?????
btuah la dpt dgr cite dr org yg byk pngalaman..pnulis lg 2...spe yee die?cam xpnah dgr pn namanya sblm ni..
ReplyDeletebbual dgn pkcik 2 dkt 30 mnit..klu bleh share la lg isi-isi pbualan ngn pkcik 2..moga2 kite same2 dpt pngajaran beguna.
akhirnyee..
ReplyDeletehehehe
nantila..internet x brp ok
nanti saya akan ceritakn dengan lebih detail
(",)
haha.
ReplyDeletekan dah kata..
doktor saya tak menipu saya.
org pompuan takleh angkat barang berat..
:P
wekk
ramai yang tahu dh la kesan pada perempuan
ReplyDeleteemmm..
boleh tnya skit x???
sape doktor ciktim tu??
hehehe