Friday, August 21, 2009

SAAT-SAAT TERAKHIR....


pada hari rabu yang lepas,aku telah mendapat panggilan daripada ayah.pada waktu maghrib pada jam 730 petang.sewaktu nombor ayah terpapar di skrin handphone aku,aku berasa agak pelik sebab ayah tak pernah call aku pada waktu sebegitu.setelah seberapa ketika,aku menjawab panggilan ayah.

dalam perbualan antara kami,ayah meminta aku pulang ke rumah hujung minggu.aku bagitahu pada ayah,aku masih ada kelas pada sabtu pagi.tetapi ayah berkeras juga mahu aku balik.kebiasaannya,ayah takkan minta aku balik kalau aku ada kelas.tetapi ayah tetap mahu aku pulang.sebab ayah nak adakan majlis makan-makan di rumah.

dalam masa 1hari,2 tu,kakak-kakak dan abang-abang semua tertanya untuk apa jamuan makan-makan itu.ada yang bagitahu aku,ayah adakan untuk tahlil.untuk siapa,aku tak tahu.mungkin untuk saudara-saudara terdekat.

pada hari sabtu,selepas kelas aku selesai,aku ke kampus dahulu.berjumpa dengan groupmate untuk assignment.setelah selesai membincangkan sedikit sebanyak tentang pembahagian kerja,aku bergegas ke asrama untuk kemaskan barang-barang aku untuk pulang.

entah kenapa,hati aku seperti ingin lekas pulang.tetapi aku sabar menunggu abang aku datang..

sesampai sahaja aku di rumah,aku lihat ramai tetamu yang datang,semua dalam gembira.begitu berselera sekali menikmati juadah.aku mencari ayah ditempat yang biasa ayah duduk.sudah menjadi kebiasaan ayah berada di kerusi yang berhadapan dengan tv di ruang luar.tempat kami sekeluarga biasa melakukan aktiviti bersama.seperti biasa,jangkaan aku tepat.ayah ada disitu.hanya berkain pelikat dan berbaju kemeja lusuh.

belum sempat aku meletakkan beg aku,ayah panggil.
aku bersalam tangan ayah,aku kucup tangan ayah.dan sperti biasa,aku kucup pipi kanan dan dahi ayah.tetapi aku terlupa untuk kucup pipi kiri ayah.ayah berdehem.aku kembali kucup pipi kiri ayah.setelah itu,ayah pegang erat lengan aku.aku berdiri di sebelah kerusi ayah duduk.kawan-kawan ayah yang baru saja datang dan sudah mahu pulang,datang bersalaman dengan ayah.ayah masih pegang erat lagi lengan aku dengan tangan kirinya.tangan kanan ayah,bersalaman dengan tetamu yang ada.

ayah minta aku duduk di kerusi sebelah ayah.seketika,aku berasa tidak selesa dan segan sebab kawan-kawan terlalu ramai.aku cuba bangun untuk meletakkan barang-barang aku dulu di dalam bilik.tetapi ayah menghalang.
kembali batalkan niat aku..
ayah kembali genggam lengan aku.terasa hangat dan erat sekali.
Ada rasa kelainan..
ayah cakap nak kenalkan kepada kawan-kawan ayah.
satu ruang ke satu ruang ayah kenalkan aku pada kawan ayah.boleh dikatakan setiap tetamu yang ada,ayah perkenalkan aku pada mereka.
sudah lama sebenarnya ayah tak genggam lengan aku sebegitu erat dan lama.jika sebelum ini,kalau ayah pegang lengan aku,ayah akan cubit dulu.bukan kerana marah tapi ayah selalu katakan aku terlalu kurus.minta aku makan banyak.tetapi hari tu,tidak.
selepas ayah kenalkan kepada semua tetamu-tetamu ayah,ayah suruh aku makan dulu dan kembali datang kepada ayah.

setelah aku selesai makan,aku tak kembali kepada ayah sebagaimana ayah minta sebab abang minta aku jaga anaknya yang masih kecil.bagi laluan untuk abang aku makan pula.lagipun masa tu,kakak ipar aku takde.ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum datang ke sini.

dari jauh aku lihat ayah gembira.setiap tetamu yang ada,ayah tegur.boleh dikatakan di mana ada tetamu,ayah ke tempat mereka.kebiasaannya,ayah hanya akan duduk di kerusi nya.tetapi hari tu ayah pergi ke setiap ruang yang ada tetamu.dengan hanya berkain pelikat dan baju lusuh

sehinggalah waktu petang,tetamu makin surut.pada waktu malam,hanya kenalan ayah yang rapat sahaja yang datang.tetapi hanya beberapa orang sahaja yang datang pada waktu itu.mungkin sekadar menunaikan undangan kerana pada waktu siang ada hal yang perlu diselesaikan. fikir aku...
malam itu,kami semua kepenatan.masing-masing melepaskan penat dengan kembali ke peraduan seawal mungkin.

pada pagi keesokkannya..kami adik beradik tengah berbual-bual diruang tamu hadapan.tak berapa lama,ayah panggil aku.ayah tanya bila aku nak balik ke UIA.aku hanya diam,melihat kepada abang aku tinggal di gombak.mungkin kerana tiada jawapan,ayah suruh aku makan tempeyek.kami makan beramai-ramai.ayah seperti biasa,suka bergurau dengan kami.

selepas itu,aku dan adik beradik yang lain berpindah tempat ke ruang tempat memasak semalam.kami semua duduk sambil menikmati air teh,
ayah datang..
ayah bertanya aku sekali lagi,bila nak balik ke UIA.aku cakap,tanya abang nik sebab aku pun tak tahu.
ayah duduk dihadapan kami semua.ayah berada di tengah-tengah separuh bulatan kami..ayah mengajak kami makan buah durian,kata ayah takut-takut tak sempat makan.apa yang aku fikir masa tu,mungkin sebab kami adik beradik dah nak kembali ke rumah dan sekolah masing-masing..
setiap daripada kami ayah ajak makan buah durian dengan panggilan yang ayah berikan..'natsleep,pui-pui,tokey besar..mcam-macam lagi lah.' dan seperti biasa...bila ayah panggil dengan panggilan gelaran ayah itu,kami,adik beradik akan saling ulang balik panggilan ayah tu.masing-masing tergelak..
semasa kami sedang makan,abang long baru sampai..ayah ajak abang long makan bersama-sama.3 kali ayah ajak..semasa kali ke 3,aku suruh adik aku panggilkan abang long makan bersama..

aku dah mula rasa hangat selepas makan durian..tetapi mungkin sebab bahagian aku,ayah yang bagi,3 ulas aku makan.tak pernah aku makan sebanyak itu sebab aku memang berjaga-jaga kalau makan buah durian.kalau tak,aku mula pening kepala,dapat ulser di bibir.tetapi hari tu,macam dah lupa diri...

dalam tengah seronok-seronok kami bergelak ketawa, ada tetamu datang.
kami hidangkan juadah yang sama seperti semalam memandangkan masih ada banyak lagi lauk-lauk dan nasi..

dari tempat kami duduk,aku lihat ayah bersama-sama tetamu menikmati juadah itu.begitu berselera sekali.aku mula berbisik kepada adik aku,'ayah makan sekali lagi?bukan ke ayah dah makan nasi tadi..'
adik aku hanya angguk.mungkin dah takde kata-kata.kebiasannya ayah betul-betul jaga.sebab sebelum ni ayah dah pernah kena strok.jadi kenalah mengurangkan pengambilan nasi dan beberapa makan yang boleh menyebabkan tekanan darah ayah naik.

petang itu,aku dan yang lain-lain dah bersiap-siap untuk balik.ayah mengadu,penat dan rasa tak larat nak bawa kereta.masa tu,ayah nak ke kuala selangor.

sebelum aku balik ke UIA,aku dah mula rasa pening-pening.semasa dalam perjalanan ke UIA,akau dah rasa lain macam je.sampai je di asarama,aku bersihkan diri dan ambil wudu' memandangkan dah nak masuk waktu maghrib.setelah selesai solat,aku ajak kawan-kawan sebilik makan bersama-sama makanan yang aku tapau dari rumah.

selepas makan,pening aku tak hilang juga.aku rebahkan badan aku di atas katil.

keesokkan pagi,aku bangun awal.tak seperti biasa,aku tak dapat lelapkan mata kembali.aku bersihkan diri.pening semalam masih lagi terasa kesannya..
selepas selesai solat subuh,aku rasa seperti sejuk.sejuk yang keterlaluan.aku rebahkan badan aku ke katil.berselimut.aku cuba pejamkan mata untuk tidur sekejap.tapi tetap sama.
entah kenapa,semalam,aku rasa pening macam pitam.tetapi pagi ini,aku rasa kesejukkan sangat..

dalam jam 7 lebih,handphone aku berbunyi..terpapar ' abang nik'
aku pelik..kenapa di awal pagi begini abang call?baru je semalam berjumpa di ruma dan aku juga balik dengan dia.tanpa berlengah,aku sambut panggilan itu.
"hello"
-'hello,syadah kat mana ni?'
"kat asrama.kenapa?"
-'emi ada call?'
"takde.kenapa?"-aku dah mula tak sabar..
-'ayah...'
"kenapa dengan ayah"
-'ayah kat hospital.tak sedarkan diri'
"hah??"-aku dah mula risau
-'takpelah...syadah siap-siap lah.nanti abang datang amik'

aku bergegas menyiapkan diri.dalam kepala aku,dah terbayang keadaan yang sedang tak sedarkan diri..risau...ayah dapat strok lagi sekali...

tak sampai beberapa minit abang aku call.
selepas 1jam menunggu,abang sampai di hadapan blok asrama aku.
dalam perjalanan ke hospital,aku ada terdengar abang aku menelefon staff pejabatnya.dalam antara dengar dan tidak,abang mengkhabarkan kepada rakan sepejabatnya yang....
ayah sudah tiada....
aku cuba pasang telinga lagi...semua diam
dalam hati...aku berharap,apa yang aku dengar semuanya silap..mungkin aku tersilap dengar..
ketika hampir sampai ke hospital, abang bagitahu pada adikku..
ayah dah tiada..
aku jadi terpaku...sah lah ape yang aku dengar tadi..adik aku bertanya pada aku...aku hanya mengangguk...
masing-masing terdiam..
tanpa sedar...airmata aku bercucuran..sudah tidak dapat ditahan lagi...
kami telah sampai di hospital sungai buloh bahagian forensik..aku cuba mencari ayah di dalam van jenazah.ayah masih tiada disitu.aku bertanya kepada adik aku di mana ayah.
adik cakap,ayah masih dalam proses bedah siasat..
aku tanya kepada adik saat-saat ayah berhadapan dengan malaikat maut....

ayah bangun pagi untuk solat subuh.ayah mengadu sakit dada dan rasa sesak nafas.
mungkin disebabkan tak tertahan rasa kesakitan yang amat sangat,ayah minta pakcik membawa ayah ke hospital..semasa dalam perjalanan,pakcik sangkakan,ayah hanya pengsan dan tak sedarkan diri...tetapi...waktu itu ayah telah pun menghembuskan nafas terakhir...
setelah sampai di hospital,doktor berusaha untuk selamatkan ayah...jantung ayah berhenti..doktor berusaha keras untuk selamatkan ayah...mungkin...sudah sampai waktunya..doktor hanya berserah kerana melihatkan keadaan ayah yang sudah pun pergi..doktor khabarkan kepada kami yang ayah sudah pun menghembuskan nafas terakhir ketika masih dalam perjalanan.kira-kira jam 730 pagi..


airmata aku kembali deras bercucuran...
ayah disahkan meninggal kerana paru-paru berair dan jantung tersumbat menyebabkan jantung ayah berhenti berdegup..
Ya Allah…Engkau Maha Berkuasa..
Ayah pergi bukan kerana penyakit yang biasa ayah hadapi selama ini..

730...waktu ayah call aku minta aku pulang
730...waktu ayah telah dipanggil Allah untuk kembali
mungkin kebetulan...

begitu cepat sekali ayah pergi...
belum sempat aku memohon kemaafan setiap salah silap aku..
aku tahu...banyak dosa aku kepada ayah..
banyak mengecewakan hati ayah...
masih terasa lagi hangat tangan ayah menggenggam erat lengan aku...
masih kuingat lagi kegembiraan ayah sewaktu kami semua masih bersama menikmati buah durian..
disaat-saat terakhir ayah bersama kami…ayah kelihatan begitu gembira..
tiada sedikit pun mengeluh tentang anak-anak yang tak dapat balik pada hari itu..
kami benar-benar gembira..

setelah segalanya selesai...ayah dibawa ke rumah di sungai buloh.aku hanya mampu menangis sepanjang perjalanan..

Sebelum ayah dimandikan,aku kucup sepuas-puasnya wajah ayah..
masih terbayang wajah ayah dihadapan mata...
siapa sangka...sehari sebelum pemergian ayah,itu adalah hari terakhir untuk kami sama-sama mendengar usikan dan gurauan ayah...
sehingga harini,aku masih terbayang kelakuan ayah pada hari-hari terakhirnya...
setiap panggilan gelaran setiap dari kami masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku..
rasanya..baru semalam aku melihat ayah tersenyum di hadapan ku..
tetapi hari ini..aku tidak dapat lagi melihat kejernihan senyuman ayah..
aku rindukan kehangatan genggaman jari jemari ayah di lengan aku..
Ya Allah…begitu berat dugaan ini..
Aku seperti bermimpi…seperti baru sedar dari tidur yang panjang..
Tetapi…aku perlu menerima kenyataan ini..

sebelum ayah dimandikan,aku lihat wajah ayah sepuas-puasnya...
bibir ayah seperti tersenyum..senyuman seperti ayah bangga dan puas..
mungkin itulah wajah ayah yang menunjukkan yang ayah sedang berehat untuk segala kepenatan ayah selama ini..menjaga dan mendidik kami...menyampaikan ilmu untuk anak-anak muridnya..kepuasan dengan setiap kepenatan di bumi Allah ini…
itulah wajah ayah...


sebelum dikebumikan…aku kucup kedua belah pipi ayah dan dahinya..
sebagai kucupan untuk kali terakhir..
setiap kali aku kucup wajah ayah..setiap kali itulah air mata aku hendak menitis..
mengambil masa yang lama untuk teruskan kucupan seterusnya..
wajah ayah tidak lagi sehangat sewaktu aku kucupkan pada hari sabtu lalu..

aku melihat setiap proses pengebumian ayah.sehingga sewaktu ayah diturunkan untuk pengebumian...
didalam hati,aku rasa ingin menangis..
meminta ayah bangun kembali..
kami semua masih perlukan ayah..
masih belum kuat untuk kami pikul tanggungjawab tanpa mu,ayah…
kami tak sanggup untuk menahan rindu yang takkan mungkin terubat..
tiada lagi kucupan buat seorang ayah apabila kami pulang ke rumah
tetapi semua itu tidak mungkin..aku perlu redha dan pasrah..tabah dengan apa yang telah berlaku..ayah tetap pergi meninggalkan kami..
Ya Allah….aku berasa begitu lemah sekali..

aku hanya mampu doakan ayah bersama dengan orang-orang yang soleh..dan dipermudahkan setiap urusan di alam barzakh..dihapuskan segala dosa..Ya Allah…

walaupun ayah telah pergi...aku masih dapat rasakan yang ayah masih bersama kami..
bila waktu pagi keesokkannya..aku benar-benar rasa kehilangan...
ayah tiada di kerusi nya..
sudah tiada lagi bau tembakau paip ayah
sudah tiada lagi orang yang memanggil setiap dari kami adik beradik untuk makan bersama
Tiada lagi tangan ayah yang akan bahagi-bahagikan lauk untuk kami..


aku benar-benar rasa kehilangan.tapi aku masih perlukan kekuatan dan aku ingin menjadi orang yang tabah..baru aku faham bagaimana perasaan kehilangan orang tersayang.mungkin sebelum ini aku hanya mendengar oranglain yang kehilangan..tetapi,bila aku sendiri menghadapi...terasa begitu sukar sekali untuk dibendung perasaan sedih ini..walaupun dimana aku berada,terbayang wajah ayah..tiba-tiba sahaja mata aku akan berkaca..sudah tiada lagi perasaan malu untuk mengeluarkan air mata ini..

hari ini telah pun 6hari ayah pergi..
aku berusaha mencari kekuatan untuk meneruskan hidup ini.perjalanan aku masih jauh.aku masih ada kewajipan dan permintaan ayah yang aku perlu tunaikan..

aku sudah pun berada di asrama..bukan kerana aku sudah hilang rasa sedih dengan pemergian ayah.aku cuma perlukan waktu dan ruang.sesungguhnya hati ini terlalu berat rasanya berada di rumah kerana setiap masa aku terbayangkan kehadiran ayah..
sengaja aku mendiamkan diri untuk tidak khabarkan kepada sahabat-sahabat kehadiran aku disini.masih belum cukup kuat untuk aku menghadapi soalan-soalan yang akan mendera perasaan sedih ini..dengan itu,,,aku gunakan saluran yang ada ini untuk aku menceritakan apa yang telah berlaku..aku tidak mahu lagi bercerita..aku berusaha untuk tidak menangisi pemergian ayah sebagai hadiah untuk ayah di sana tetapi hanya doa untuk ayah..



~~hari-hari terakhir ayah~~
1......2.......3......4.....

sebagai anak kepada Arwah Prof Dr. Abdul Halim Bin Hj. Mat Diah, Universiti Malaya...
jika ayah saya masih ada berhutang..saya mohon agar Tuan/Puan/Dato'/Datin menuntut hutang arwah seberapa segera yang mungkin..dan jika ada sebarang salah dan silap ayah saya..mohon dimaafkan.semoga roh ayah saya tenang dan diampunkan..amiinn..

4 comments:

  1. allahummaghfirlahu warhamhu... takziah cikdah~
    (ralat takdop ore royat)

    jadi anak soleh ya! yang sentiasa menyumbang pahala untuk ayah di sana..

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya ada saat2 manis terakhir untuk dikenang...

    ReplyDelete
  3. http://firdaus-nalunaris1981.blogspot.com/August 26, 2009 at 10:35 AM

    sama2 kita mendoakan arwah ayah..

    ReplyDelete
  4. Masih belum dapat menerima pemergian Ayah tersayang...
    Kenangan sewaktu ayah berkunjung ke rumah di Maran akan kekal selamanya...
    Ayah, kami merinduimu...

    ReplyDelete