Thursday, October 15, 2009

TERIMA KASIH KAWAN

salamun alaik..
sudah lama tak mencoret dan berkongsi perkembangan semasa dan ilmu bersama..
kesibukkan yang saya lalui beberapa minggu ini seperti menjadi batu loncatan untuk beralasan.
namun hari ini, dalam kesibukkan yang tak pernah ada kesudahan, sempat juga saya mencuri masa untuk bersama pelawat-pelawat sekali lagi.

selama hampir 2 bulan saya sunyi bukan kerana keingin untuk berblog telah hilang.tetapi apabila terpapar blog sendiri dan melihat gambar arwah ayahanda seperti saya kembali pada kali terakhir saya berblog sebelum ini.namun,kekuatan dan kesabarn itu perlu ada.

beberapa bulan sejak kebelakangan ini, saya bukan sahaja sibuk dengan pelajaran sahaja,malah menolong abang menguruskan apa-apa yang patut yang berkaitan dengan arwah.Alhamdulillah...hampir selesai sepenuhnya.

2 bulan yang dilalui seperti menguji kekuatan mental,fizikal dan juga emosi.selepas pemergian ayah, saya perlu menduduki peperiksaan pertengahan semester.tidak pernah saya lalui pada semester lepas, terpaksa menghadapi peperiksaan pertengahan untuk semua subjek dalam masa seminggu.sesungguhnya...waktu itu saya berasa amat lemah.mencari kekuatan.memujuk diri supaya menidakkan apa yang telah berlaku sebagai alasan untuk tidak memperolehi yang terbaik di samping menyembunyikan seribu rasa sendirian.dan pada waktu yang sama memujuk hati,mental dan kudrat yang ada untuk tabah meniti hari-hari yang mendatang.walaupun masih ada suara dan sentuhan pujukkan dari sahabat dan kenalan supaya menjadi lebih kuat..
apa yang mampu saya lakukan hanya tersenyum..

bukan ingin meraih simpati tetapi apa yang ingin saya sampaikan,walaupun kita pernah terfikir atau bangga bahawa kita sudah mampu melalui dugaan-dugaan yang diberi, tetapi kita masih seorang hamba yang lemah..mengharapkan pertolongan dan bergantung kepada kudratNYa...

terima kasih kepada sahabat-sahabat,saudara-mara dan kenalan yang sama-sama memberi sokongan kepada saya dan keluarga. untuk Zaiton, thanks a lot my fren..dengan kata-kata yang berjaya memujuk hati ini dan bahu yang dipinjam ketika saat-saat memerlukan.

"sesungguhnya yang telah berlaku tetap akan dilalui oleh setiap dari kita.cuma waktu dan ketikanya sahaja berbeza..."

1 comment:

  1. tabahkan lah hati ye.
    kalau perlu rehatkan minda, kami menyediakan perkhidmatan 'tidur dan bangun' di mercu view, cherating, kuantan pahang pada 24-25 oktober 2009..kami menyediakan bilik dan anda menyediakan toto..hehe..jom join us..

    ReplyDelete