Sunday, January 31, 2010

SALAM UKHUWWAH DAN SENYUM PERKENALAN

Dah beberapa hari saya tak berkesempatan untuk buka blog saya sendiri.memandangkan cuti pertengahan semester kali ini pun saya hanya dapat berada di rumah beberapa hari sahaja.kerja-kerja yang menunggu untuk disiapkan dan juga tugasan-tugasan lain dan masalah-masalah internet connection .

Baru sahaja pagi ini saya bertandang di dalam blog saya.tak sangka ada yang sudi tinggalkan komen-komen dalam chatbox blog saya ini.terima kasih pada yang sudi.entri kalini saya belum ada lagi ilmu untuk dikongsi.masih lagi dalam mood bercuti dengan kerja yang banyak.terima kasih kepada Allah memberikan saya semua kenikmatan meniti hari-hari di bumi ini dengan setiap perkara yang berfaedah.semoga saya masih boleh menjadi hamba yang berada pada paksi yang benar dan betul.

Kepada saudari Guest, terima kasih dengan teguran saudari.teguran kelemahan yang sememangnya diluar kemampuan saya.insyaAllah kalau diberi peluang,saya akan senyum kepada saudari.mungkin sebelum ini,saya tak perasan yang saudari pernah senyum kepada saya.lagi-lagi dalam UIA yang begitu ramai sekali,mungkin saya tak perasan ada yang tersenyum.ape-apepun,saya harap kita boleh kenal dengan lebih dekat.jika ada terserempak saya di mana-mana,tegur sajalah saya.kita sama-sama manusia,ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.dalam Islam sendiri menggalakan kita membantu pada mereka yang lemah.insyaAllah dengan teguran saudari tadi,dapat saya ubah kelemahan saya dengan menjadikannya sebagai kelebihan..

Sebagai permulaan perkenalan kita, saya titipkan Salam Ukhuwwah dan (",) senyum kemaafan untuk saudari.saya harap,jika kita bersua lagi di mana-mana,kita dapat bertegur sapa.
wassalam..

No comments:

Post a Comment