Friday, April 30, 2010

LATIHAN INDUSTRI

Assalamu'alaikum...

sudah hampir 4 bulan tak memuatkan bahan-bahan terbaru untuk dikongsi bersama. saya juga cuba untuk bergiat aktif berblog. Alhamdulillah hari ini diberi peluang sekali lagi untuk kita bersua di dalam dunia perkongsian ilmu tanpa mengenal siapa antara kita. mungkin itulah dikatakan ikhlas mencurahkan pengetahuan.

update:

sekarang ini saya sedang menjalani latihan industri di sebuah organisasi swasta selama 3 bulan. sebuah tempat yang penuh dengan ilmu. bukan hanya ilmu duniawi tetapi juga sebuah tempat yang disirami aktiviti-aktiviti membentuk jiwa yang hidup dengan Islam.setiap mereka yang berkhidmat di organisasi ini perlu mengikuti aktiviti islami supaya hati-hati kita tidak bercambahnya nafsu semata-mata.

apa yang menarik minat saya berada di sini, apa yang diterapkan oleh pemimpinnya, kita perlu ikhlas, berkorban demi untuk Islam. kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. tidak perlu terlalu taksub dengan kemewahan dunia. apa yang penting, kita perlu sedar akan asal-usul kita. dan berpijak pada bumi yang nyata.

sukar untuk saya gambarkan suasana yang saya lalui.bagi saya, sudah lama tidak merasai suasana yang penuh dengan hati-hati yang hidup dengan Islam sebenarnya.setiap bicara diselitkan dengan kalimah Allah. ini yang sepatutnya diterapkan dalam setiap organisasi yang hampir keseluruhannya beragama Islam. mungkin bukan hanya di tempat ini sahaja yang dibasahi dengan suasana sebegini. bahkan ada lagi tempat lain yang diharumi dengan keindahan Islam itu sendiri.


bagi mereka-mereka yang masih lagi menjalani latihan industri seperti saya, dapat menimba ilmu dan pengalaman bukan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja tetapi juga untuk khidmat kita pada masyarakat.

2 comments:

  1. salam..ana asif..praktikal kt mana?macambest ja dgq..

    ReplyDelete
  2. waalaikassalam..dekat kolej swasta di pengkalan chepa, kota bharu..

    ReplyDelete