Sunday, May 9, 2010

BIDANG 45

Hari ini masuk minggu ke 5 latihan industri. Dah macam-macam ada dalam kepala,dari nak siapkan repot yang berkemungkinan akan ditunjukkan kepada penyelia yang dijangka akan datang dalam bulan ini pada bila-bila masa sahaja. ditambah pula dengan tugasan yang diberikan penyelia di sini. setiap hari sabtu, pasti tidur tak lena. terbayangkan apa tugasan yang akan diberikan dalam minggu baru ni.kadang-kadang, hilang semangat nak menempuhi hari-hari baru untuk suasana yang sebelum ini tak pernah saya lalui.

tiba-tiba semalam terdetik untuk menyelongkar baju-baju lama.zaman sebelum ke UIA.itu semua semata-mata kerana nak dapatkan semangat semakin surut. satu persatu dibelek baju-baju yang ada.em,..masih ok lagi. dalam seronok membelek setiap baju,terjumpa pula tudung-tudung lama.juga masih ok..tapi sudah tak sesuai untuk saya pakai.

kat sini bukan nak cerita banyak baju ke,banyak tudung ke.cuma nak imbas kembali zaman kegemilangan tudung-tudung bidang 45' yang pernah dipakai dulu.tersenyum jugalah.tiba-tiba bonda masuk ke bilik saya.kata bonda.."hermmm..banyak je tudung syadah.tak payah nak beli lagi"
"erk..tudung kecik..camne nak pakai?"
bonda diam dan berlalu....
tiba-tiba..
"sedekah je kat oranglain kalu dah tak nak pakai..buat penuh almari je"
saya senyum..dalam hati..'heh..beli tudung lagi...'
barula semangat nak gi kerja...hehehehe (~_^)

ok..agenda jumaat ni,dengar ceramah tok guru then beli tudung..

No comments:

Post a Comment